Monday, March 4, 2013

Kursus BARE Untuk IbuBapa

Pagi ni saya dan suami berpeluang berkongsi tips dan pengalaman dengan 200 ibu bapa pelajar Little Caliphs Shah Alam. Awesome to have parents sacrificing their time to attend a short course on how they can support their kids at home. It's good tadika buat program macam ni setiap tahun. Kudos to Pn Jariah & Pn Jamaliah, co-owners of Little Caliph Shah Alam!
                 
                                              Parents JV Teachers = Kids excel

Saya terharu sangat bila seorang ibu datang bertemu untuk ucapkan terima kasih kerana Bacalah Anakku telah membantu anaknya membaca 3 tahun lepas. Now anaknya dah Darjah 3. Beliau menitis air mata kerana Little Caliph buat program sebegini to bridge gaps between parents and teachers. Katanya tadika anaknya dulu, yg Darjah 3 sekarang, tak pernah buat sebegini. So she had to find ways on how to help her child read on her own. So friends recommended Bacalah Anakku.

Suami saya pula berpeluang bersembang dengan seorang ibu yang menceritakan dia dan suaminya suka sangat baca buku menyebabkan mereka kurang bercakap dengan anak-anak. So anak-anak kurang minat bercakap. Ada yang agak delayed in speech. Thus not progressing well in learning to read. So parents, kami selalu pesan talk, talk and talk more to your children kalau nak anak cepat dan awal membaca.

Jom kita share some frequently asked questions from parents.
1. Nak ajar membaca BM ke BI dulu?
Jawapan: Ajar anak membaca dalam bahasa ibunda (first language at home). Menguasai kemahiran membaca akan menjadi mudah dalam bahasa yang tidak asing. Walau bagaimana pun, ibubapa boleh menggunakan lebih daripada 1 bahasa untuk berinteraksi.
2. Boleh tak anak belajar membaca BM & BI serentak?
Jawapan: Ya sekiranya anak berumur 6 tahun ke atas. However kena define the class. Beritahu anak, "Sekarang ibu nak ajar BM, " atau "Now we are going to learn English."

3. Ok ke anak tak tau abc(ei, bi,si) bila belajar fonik atau bunyi huruf?
Jawapan: Very ok. Walaupun kita tak ajar nama huruf, abc..z(ei, bi, si... zed), kita masih ajar bentuk dan rupa huruf.
Melalui pengalaman kami, kalau tak tau abc, lagi baik. Lagi senang ajar membaca. Lagi anak tak keliru. Bagi kanak-kanak fonik, kalau guru/ibubapa sebut /bi/, dia tahu ia adalah 'b' dan 'i' bukan semata-mata huruf 'b'. Kanak-kanak yang tahu abc selalu keliru 'b' dengan 'bi', 'c' dengan 'si', 'g' dengan 'ji'. They make a lot of spelling mistakes.
Anyways kami cadang, ajar anak nama huruf abc(ei, bi, si) setelah anak lancar membaca. Just point to the letter and say "Bunyi /b/ ni namanya 'bi'."
Jangan sekali-kali suruh mereka membatang dan mengeja perkataan, sebagai contoh, 'em(m)....ei(a),
ma. Ti(t) ... ei(a), ta. Ma ...ta because anak kita sudah lancar membaca dengan menggabung bunyi.

4. Nak ajar huruf kecil dan huruf besar serentak ke?
Jawapan: Pada peringkat awal, ajar anak membaca menggunakan huruf kecil sahaja kerana huruf kecil paling kerap digunakan dalam teks bacaan. Huruf besar digunakan pada permulaan ayat dan nama khas sahaja. Bacalah Anakku menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-5, huruf besar Buku 6-8. Readeasy pula menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-6 dan huruf besar diperkenalkan dalam Buku 7 dan 8.

5. Macam mana anak mengeja dan menulis kalau tak tau abc?
Jawapan: Kanak-kanak fonik tahu mengeja dan menulis kerana mereka masih membaca dengan menghubung kaitkan bunyi dengan bentuk huruf. Walau bagaimanapun pada peringkat awal, mereka mengeja dengan menyebut bunyi. Sebagai contoh mereka akan mengeja 'masin' dengan menyebut
/mm/, /aa/, /ss/, /ii/, /nn/, masin.
Untuk penulisan, mereka hebat menulis kerana kanak-kanak fonik tidak keliru dengan nama huruf yang bunyinya sama dengan bunyi suku kata(i.e. nama huruf 'b' sama dengan suku kata 'bi'). Sesetengah kanak-kanak fonik menulis dengan sendiri kerana mereka dapat mengait bunyi dengan bentuk huruf dengan begitu baik.
Bersambung...







6 comments:

Ummu Thahirah said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Thahirah said...

Perkongsian yg amat bermanfaat Pn Nik! Saya nak minta kebenaran share blh? terima kasih..

cepatmembaca said...

Boleh silakan Ummu Thahirah

cepatmembaca said...

Boleh silakan Ummu Thahirah

Little Caliphs Dungun said...

Assalam puan.mohon dikongsikan ye. Terima kasih :-)

cepatmembaca said...

Silakan Little Caliphs Dungun. Semigloss kita sesama mendapat manfaat.