Monday, May 27, 2013

Window of Opportunity(4)

JENDELA KEMAHIRAN MOTOR(Pergerakan)
Masa mula-mula terlibat dengan early childhood asyik tergambar baby naik motorsikal bila sebut motor skills atau kemahiran motor.

Dah lama sikit baru compute.
Motor = Pergerakan
Motor kasar(gross motor) = pergerakan yang melibatkan otot besar seperti berjalan, merangkak, berdiri, melompat, mengensot.

Motor halus(fine motor) = melibatkan otot kecil dan jari serta koordinasi mata dan tangan seperti menggenggam, mengoyak, menulis, membutang.

Menurut pakar-pakar pendidikan awal, masa paling baik untuk kanak-kanak menguasai kemahiran motor kasar yang asas adalah bermula bayi dalam kandungan sehingga bayi berumur 5 tahun dan untuk motor halus dari lahir hingga berumur 9 tahun.

So bagi peluang anak aktif secara fizikal seawal mungkin .  Dalam dunia hari ini yang penuh dengan gadget, ibu bapa lupa(ada juga termalas) untuk melakukan aktiviti fizikal dengan anak-anak.

Risau tak lama lagi(or may be sekarang dah ada?), wujud kanak-kanak yang tak tahu nak menangkap bola! (Si bongsu saya masih belum pandai naik basikal...)

Ada sesetengah tadika dan sekolah rendah yang telah mengurangkan masa untuk aktiviti luar/sukan kerana tak cukup masa untuk mengajar membaca atau akademik. Ada juga pengasuh taska yang tak rajin nak bawa kanak-kanak bermain di luar.

Menurut The National Association for Sport & Physical Education(NASPE), kanak-kanak sepatutnya terlibat dengan aktiviti fizikal selama 60 minit setiap hari. .


ACTIVE PLAY IS REQUIRED FOR HEALTHY BRAIN GROWTH

No comments: