Tahun pertama bayi merupakan peringkat perkembangan otak yang paling pesat. Bayi dilahirkan dengan 100 ribu sel otak (neuron). Sekiranya bayi dibelai, dipeluk, dicium, dibacakan buku, diajak berbual, diajak bermain, diperdengarkan ayat-ayat suci Al Quran dan juga lagu-lagu, disusui ibu, maka ketahuilah otak bayi anda sedang dirangsang. Percayalah sejauh mana rangsangan otak bayi anda akan menentukan samada anak anda cerdik atau lembam, cepat atau lambat membaca, berkeyakinan atau penakut, petah bercakap atau berat mulut, mudah berkawan atau suka bersendiri, mempercayai (trusting) orang lain atau suka mencuriga.
Dalam erti kata yang lain , rangsangan dan interaksi sosial kanak-kanak sepanjang 3 tahun pertama adalah tersangat penting. Apabila otak bayi dirangsang, jaringan synapses akan menghubungkan sel-sel otak. Lebih banyak rangsangan lebih banyak jaringan berlaku. Lebih banyak jaringan lebih banyak pembelajaran.
Sebaik bayi dilahirkan mereka telah dibekalkan dengan 'hardware'(otak) terhebat untuk belajar. SubhanaAllah, Allah Maha Pencipta! Maka dari sinilah jendela peluang(windows of opportunity) anak kita mula terbuka. Jendela peluang ialah masa terbaik (critical period) kanak-kanak mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu. Ada di antara jendela ini yang akan tertutup pada masa yang berlainan dan ada juga yang akan terbuka sehingga kanak-kanak dewasa.
Dalam kita merangsang anak kita, adalah terbaik kalau kita tahu bila jendela-jendela in terbuka.
JENDELA BAHASA terbuka sebaik sahaja bayi dilahirkan sehingga berumur 7 tahun(Dr Patricia Kuhl). Period paling sensitif adalah diantara bayi berumur 6-10 bulan. So make sure you( atau pengasuh) talk(interaksi social) as much as you can to your babies.
Bagi ibu bapa yang nak anak pandai dua atau pelbagai bahasa, pastikan anak didedahkan kepada bahasa kedua(atau ketiga) sebelum berumur 7 tahun. Untuk mendapatkan hasil yang paling berkesan, perkenalkanlah bahasa baharu ketika bayi berumur 6 - 10 bulan.
Walau bagaimanapun kajian Dr Patricia Kuhl mengguna mesin canggih MEG, telah membuktikan bayi pada umur ini TIDAK mempelajari bahasa melalui tv atau audio. Mereka mempelajari bahasa melalui interaksi sosial( dengan human beings).
I was thinking kalau nak anak pandai Bahasa Arab atau Quran bolehla hire tutor bila baby berumur 6- 10 bulan! Paling berkesan!
Di taska-taska pula, wujudkan sesi bermain(interaksi sosial) dengan bayi- bayi 6 - 12 bulan menggunakan bahasa selain daripada bahasa ibunda.
Sebagai contoh pengasuh memperkenalkan farm animals dalam bahasa Inggeris( Use plastic farm animals). Pengasuh boleh juga memperkenalkan huruf-huruf Al Quran menggunakan kad imbas Al Furqan kepada bayi (Rujuk AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, Ransangan semasa bayi berumur 6 -12 bulan, ms 20-21).
Duhai ibu bapa jangan terlepas peluang ini!

3 comments:
Kira-kira sebaiknya mulai umur berapa yah?
Masa terbaik/jendela peluang utk brain wiring bg smua aspek perkembangan kanak-kanak 0-3thn. So elok mula dari lahir.
Masa terbaik/jendela peluang utk brain wiring bg smua aspek perkembangan kanak-kanak 0-3thn. So elok mula dari lahir.
Post a Comment