Friday, July 12, 2013

Ajar Anak Kecil Menulis Awal (2)

Menjangkau 13-16 bulan, anak kita akan lebih pro menconteng. Pada peringkat umur ini saya terus galakkan anak menconteng dengan menyediakan pelbagai alat tulis, krayon, pensel warna dan kapur tulis. Saya memberi peluang untuk anak saya menconteng setiap hari dalam suasana gembira. Kekadang saya pasang lagu kanak-kanak sambil dia menconteng. Saya dapat melihat anak saya spend more time scribbling.

Di antara 20-25 bulan, anak kita lagi seronok menconteng kerana boleh melakar garis melintang, menegak dan bulatan. Bercakaplah dengan anak anda mengenai contengannya(penyimpanan kosa kata, penting untuk membaca dan menulis). Masa inilah tercipta mural-mural di dinding tanpa dirancang!

Pada peringkat umur ini jangan sekali-kali memaksa anak memegang alat tulis dengan betul seperti kita orang dewasa. Jari jemari mereka masih  belum lagi kuat. Tetapi beri peluang anak melakukan aktiviti motor halus yang melibatkan penggunaan jari. Ajak anak anda mengoyak dan meronyok(scrunch) kertas. Gunakan majalah lama atau wrapping paper terbuang. Selepas mengoyak dan/atau meronyok, galakkan anak memasukkan kertas tadi ke dalam botol mineral plastik. Mulut botol yang sempit akan memberi peluang anak menggunakan ibu jari dan jari telunjuk(pincer hold). Ini akan membantu anak memegang pensel yang betul nanti(tripod pencil hold). Selain kertas, aktiviti memasukkan straw ke dalam botol mineral bukan saja merangsang motor halus tetapi juga koordinasi mata dengan tangan, yang sangat penting untuk membaca dan menulis.

Di taska saya,kanak-kanak 2-3 tahun akan belajar 1 bunyi huruf dan 1 nombor setiap minggu. Guru pengasuh akan memberi kanak-kanak ini peluang untuk mengecat dengan jari(finger painting, awal tulisan) nombor dan huruf setiap minggu. Kanak-kanak ini juga diberi peluang menulis huruf dan nombor di atas pasir berwarna(awal tulisan). Mereka juga diajar menyentuh kad huruf dan nombor berpasir(awal tulisan). Jangan lupa tunjukkan cara menyentuh huruf atau nombor yang betul, iaitu cara huruf atau nombor itu ditulis.


No comments: