Thursday, September 12, 2013

Apa Itu Lancar Membaca?

Bagi guru/ibubapa yang berpengalaman mengajar kanak-kanak membaca menggunakan Kaedah Mengeja/Hafal sukukata dan juga Kaedah Fonik, kita akan dapati kanak-kanak fonik lebih senang lancar membaca.
Kenapa? Kerana mereka diajar membaca dengan menggabung bunyi-bunyi menjadi perkataan. 
/m/.../a/.../s/.../i/.../n/
Perkataan terbentuk dengan sekali gus sahaja. Mereka juga mudah membaca perkataan-perkataan panjang

Berbanding kanak-kanak mengeja/suku kata yang membaca  dengan menghafal beratus(sebenarnya lebih 2 ribu) pola suku kata dan diajar membatang(memecahkan perkataan kepada suku kata).
m(em)...a(ei), ma,           s(es)...i(ai)...n(en), sin,      ma sin

Jadi, nak anak cepat lancar membaca semua perkataan, bukan yang mudah-mudah sahaja(kvkv), gunakan Kaedah Fonik. Tidak timbul masalah anak membaca tersangkut-sangkut, kena reverse lagi untuk membaca satu perkataan. Selalu jugak anak lupa suku kata awal ketika membatang, terutama untuk perkataan yang panjang, menyebabkan mereka menyebut/membaca perkataan yang salah. Cukup rumit terutama untuk kanak-kanak 4,5 tahun.

Definisi lancar membaca:
Membaca dengan kadar yang cepat(fast), tidak tersangkut-sangkut(smooth), bersahaja(effortless), samada dengan kuat(out loud) atau dalam hati(silent), disertakan dengan memberi fokus kepada memahami apa yang dibaca.

In other words, FLUENT READING = FAST, SMOOTH, EFFORTLESS reading + UNDERSTANDING

This will  be the final goal anak-anak kita bila kita ajar anak membaca.

Bantu anak lancar membaca dengan:
1. Menggunakan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk BM dan Readeasy Phonics(Beginner, Intermediate, Advance Levels) untuk Bahasa Inggeris

2. Mengadakan Baca Time kat rumah. Read aloud and/or quiet reading sessions would be great. In order for children to read fluently they must have frequent contact with print. Pastikan Baca Time di rumah stress free. Be creative. Put some MAGIC into reading activities with your child.

3. Adakan masa khas setiap hari anda dan/atau ahli keluarga lain membaca lancar di depan anak.

Adalah amat penting anak kita belajar membaca dan seterusnya membaca dalam suasana yang menggembirakan. Never force your child to read. Why? Because we want them to associate reading as a pleasurable activity. 

Bermula daripada peringkat bayi, bila anda, ibu atau bapa pertama kali  membacakan anak buku sambil  memeluknya dengan penuh kasih sayang,  dopamine(hormon gembira) dikeluarkan.  Lagi seronok lagi banyak dopamine dikeluarkan. Lagi banyak dopamine dikeluarkan lagi mudah  neuron-neuron dalam otak berkomunikasi. 

HAPPY reading sessions + KAEDAH MEMBACA STRESS FREE ( ehem Foniks Bacalah Anakku & Readeasy ye) = meningkatkan DOPAMINE  = MUDAH, LANCAR + FAHAM bacaan. 

Let's make smart choices for our kids. 



No comments: