Monday, September 16, 2013

Mengeja dan Menulis

Apabila mengajar kanak-kanak membaca, kita sepatutnya pada masa yang sama, mengajar mereka mengeja dan menulis. Pastikan aktiviti mengeja dan menulis bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. 

A note of caution here, cara mengeja bagi kanak-kanak yang mempelajari membaca melalui Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku atau pun Readeasy Phonics tak sama dengan cara mengeja style dolu-dolu, m(em), a(ei), ma, t(ti), a(ei), ta, ma.. ta atau c(si), a(ei), t(ti), cat.

Bagi setiap perkataan anak pandai baca, pastikan dia tahu mengeja dan menulis perkataan tersebut.
Langkah asas.:
1. Ajar membaca perkataan dengan menggabung bunyi..
BM:   Naga.           BI:   Bit

2. Ajar mengeja perkataan ala fonik(lisan) dengan menyebut bunyi(speech sounds) sahaja.

BM: /n - a - g - a/, naga.         BI: /b - i - t/ , bit

Latih anak mengeja perkataan mengunakan kad eja ataupun jari. 
Sebelum mengajar kanak-kanak menulis(imlak/dictation) perkataan, perbanyakkan latihan mengeja. 
Untuk kanak-kanak mesra mengeja, buat aktiviti-aktiviti mengeja yang menyeronokkan seperti Eja Chop dan Eja Tari( Jom ikut kursus intensif Bacalah Anakku, Readeasy). Kanak-kanak bukan saja seronok mengeja sebegini tetapi mereka belajar dengan lebih baik kerana menggunakan kedua-dua otak untuk belajar; pergerakan yang menyeronokkan adalah aktiviti otak kanan.

Ajak juga kanak-kanak main permainan mengeja Bisik-bisik(Suka-suka Fonik#4).

3. Ajar tulis perkataan.Terdapat 3 tahap penulisan. 
a. Menekap(trace)
b. Menyalin(copy)
c. Menulis bebas (free writing)


                                                     BACALAH ANAKKU  =    BACA - EJA - TULIS

                                                 READEASY PHONICS.  =    READ - SPELL -  WRITE


Ibu bapa dan guru yang sedang mengajar anak menulis perlu ingat bahawa menulis adalah kemahiran yang lebih tinggi daripada membaca. Untuk menulis  kanak-kanak perlu fikir dalam otak,
simbol apa mewakili bunyi mana, kemudian menulis simbol tersebut. Kanak-kanak hebat mengeja dan menulis sekiranya dia mantap membaca dengan menggabung bunyi dan kerap dilatih mengeja. 




No comments: