![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdN0X976x3seb6FM6zLyrDYh8Kps8lqcY_NQLN9KKcRx0c-ypy4Z6ZiTrDs2i7xU_6hTdsqwahyphenhyphenKjg7ysLZJKsun22NmsK23QtCMASl6Iyw2qPE3CxjS9n-_n9yqYqaIVWB1mTsG8TU0c/s200/blogger-image--1787727412.jpg)
Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan(kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul.
Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.
1. Aktiviti memegang(grasping/holding) - alat mainan masak-masak(sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah(pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan/atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari( ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
2. Aktiviti meramas(squeezing) -ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit(squeeze toys)
3. Aktiviti meronyok(scrunching) - pelbagai jenis kertas( not newspaper please)
4. Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas(paper stripes) selebar 2cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.
Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.
Selamat mencuba!