Sunday, April 6, 2014

Jadikan Literasi Multi Sensori

Bagaimanakah kita boleh jadikan literasi, multi sensori ( sensori pelbagai deria ) ?
Pastikan pengajaran dan pembelajaran literasi digabung jalinkan dengan  LAGU, PERGERAKAN dan SENI & KRAF.
Cadangan saya:
1. Mengenal bunyi dan rupa bentuk huruf dengan menyanyi Lagu Fonik Abu Ada Ayam untuk bahasa Melayu. 
Jangan lupa buat aksi untuk setiap bunyi sambil bernyanyi.

2. Introduce sounds and letter shapes by singing Cory Cat Phonics Song.
Don't forget to sing while doing the actions. 

3. Guna Carta Sebut Bunyi Bacalah Anaku or Readeasy Sound Chart untuk menyanyikan bunyi-bunyi mengikut irama kegemaran anak anda. 
Saya cadang kanak-kanak buat aksi 'marching' sambil menyanyi bunyi-bunyi.


4. Sentuh huruf berpasir atau seumpamanya. 

5. Bentukkan huruf dengan doh.
Seronok juga kalau doh yang digunakan boleh dibakar dan dimakan. 

6. Menulis huruf/suku kata / perkataan dengan cat air yang dicampur gam 
atau tulis di atas dulang pasir / garam. 

7. Gunakan kapur / kapur basah untuk menulis di lantai simen luar rumah atau di atas kertas hitam. 

8. Tulis huruf / suku kata / perkataan magika menggunakan lilin dan kemudian disapukan cat air berwarna. 

9. Lompat dan sebut bunyi atau baca huruf / suku kata / perkataan di atas petak ketingting atau kad. 

10. Eja perkataan sambil membuat aksi sebagaimana dalam Finger Spell dan Spell Chop

11. Tulis karangan pendek atau berpandu secara kreatif. 
       Rujuk buku Penulisan Kreatif. 



Barulah anak-anak kecil seronok mempelajari huruf dan membaca!! 

No comments: