Tuesday, April 8, 2014

Suka-suka Fonik # 10 / Fun Phonics # 10

Kad Sampul Surat
Bahan yang diperlukan:
1. Sampul surat panjang yang dipotong pada satu hujung.
2. Kad manila.
3. Pen marker hitam. Marker merah dan biru sekiranya menggunakan perkataan bahasa Melayu yang mengandungi e pepet (merah) dan e taling (biru). 
4. Buku Bacalah Anakku dan / atau Readeasy Phonics.

Langkah:
1. Pilih beberapa perkataan berdasarkan susunan buku Bacalah Anakku atau Readeasy
2. Tulis perkataan di atas kad manila.

CONTOH 1: Bacalah Anakku Buku 4

CONTOH 2: Bacalah Anakku Buku 6

CONTOH 3: Readeasy Beginner Book 7

CONTOH 4: Readeasy Beginner Book 8


2. Masukkan kad ke dalam sampul.

3. Latih anak membaca dengan menggabung bunyi sambil menarik kad sedikit demi sedikit.

Contoh perkataan bahasa Inggeris, Book 8 Readeasy Beginner.




Setelah anak-anak dibiasakan dengan aktiviti ini, mereka dapat melakukan 'independent-learning'. Ibu bapa atau guru hanya perlu menyediakan kad-kad perkataan yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang telah dipelajari. Hiasilah sudut bahasa anda di sekolah atau rumah dengan kad-kad sampul ini.

Perhatian: Jangan terikat kepada perkataan yang digunakan dalam buku Bacalah Anakku dan Readeasy sahaja.

Selamat mencuba!

2 comments:

ayunidati said...

seronok dapat ajar sendiri anak membaca

azrin said...

memang best kaedah fonik ni..anak saya pun belajar membaca guna keadah ni umut 4 tahun dah boleh membaca perkataan english...belum try lagi ke bahasa melayu...

kisah anak saya: http://dazzlingmoms.com/2014/10/tips-mengajar-anak-membaca-cepat-kaedah-fonik.html