Monday, May 19, 2014

Excited lebih minggu ni!

I'm soooo excited about the upcoming workshop. Asyik duk buat kursus Readeasy dan Bacalah Anakku aje lately. Memang permintaan banyak untuk kursus-kursus English selain phonics. Ada juga yang mintak buat holiday programme untuk anak-anak. Semuanya nak masa weekends atau cuti sekolah. My days are numbered!

Alhamdulillah. InsyaAllah on the 25

of May saya akan buat workshop baru. Minggu ni baru terasa excitement sambil menyediakan power point dan brainstorm aktiviti-aktiviti yang akan dibuat. 

Duk fikir lama juga mencari a catchy name for the workshop. English workshop for dummies? Hmmm nanti ada yang terasa pulak. Fun English Workshop? Hmmm biasa aje. 
Finally with the help of Mr Hubby we agreed on Say-It-Right English Workshop for Everyone. Hehe now everybody can speak good English!
Semua boleh join, ibu bapa, cikgu, cikgu pelatih, pengasuh, tutor, pelajar kolej, pelajar sekolah menengah dan bibik. Workshop akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan juga Melayu. Nak saya kendalikan 99% dalam English pun boleh ( 1% untuk bahasa kelate ).
 
Ini yang akan saya kongsikan:
1. Belajar menyebut kesemua 44 speech sounds dalam bahasa Inggeris. 
Untuk memudahkan  pembelajaran, bakal peserta dimohon membuat senaman mulut dan lidah dirumah. Harapan saya selepas workshop para peserta dapat bercakap atau menyebut perkataan bahasa Inggeris macam orang putih sikit. No more "de wede is so kliya tudei" atau "wak hepe?"

2. Menyebut names of days, numbers, talk about the weather and body parts melalui lagu dan permainan.

3. Belajar memberi arahan, Giving Directions, melalui simulasi mengajar Mrs Dumb ( me, of course) memasak.

4. Show-off time... Pakat-pakat 'reading out loud' cerita kanak-kanak. Kalau nak record pun boleh.

5. Penyampaian sijil & photo shoot. 

Jumpa nanti di Readnetwork Academy, Setapak, Kuala Lumpur.

Perhatian Bengkel English For Preschool ditukar nama kepada Say-it-Right English Workshop for Everyone.


No comments: