Nama anak kita bukan sekadar terdiri daripada huruf-huruf abc. Di antara aktiviti pra bacaan yang penting adalah untuk anak mengenal nama sendiri. Walaupun anak masih belum pandai membaca secara independen, ibu bapa boleh mengajar mereka 'make sense' of his/ her name. Dengan itu anak bukan sekadar menghafal namanya sekali gus atau hanya pandai menyebut nama-nama huruf ( abc, ei, bi, si) di dalam namanya, tetapi mula memahami simbol-simbol huruf mewakili bunyi-bunyi tertentu.
Gambar kad imbas nama daripada sayangibuhomeschool.blogspot.com
Aktiviti mengajar anak membaca, menulis dan mengeja namanya menjadi paling mudah sekiranya nama anak dieja dengan BETUL. Zaman sekarang ibu bapa mengeja nama anak ikut sedap ... Bercampur aduk ejaan bahasa Melayu, Inggeris... Mujurlah tak campur dengan bahasa Tamil dan Mandarin. Maklumlah 1 MALAYSIA kan!
Tips yang saya akan kongsikan sesuai sekiranya anak-anak AKAN, SEDANG atau TELAH diajar membaca menggunakan KAEDAH FONIK. Oleh itu menulis dan mengeja juga menggunakan kaedah yang sama pada tahap awal penguasaan bacaan.
Ibu bapa / guru mesti memahami pecahan bunyi di dalam nama anak / pelajar.
Nama 'Muhammad' ( sila rujuk kad imbas di atas ), terdiri daripada
bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'M'.
Bunyi /u/ yang diwakili oleh huruf 'u'.
Bunyi /h/ yang diwakili oleh huruf 'h'.
Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
Bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'mm'.
Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
Bunyi /d/ yang diwakili oleh huruf 'd'.
PERHATIAN: Kekadang bunyi /m/ diwakili oleh simbol 'm' dan juga 'mm'.
Langkah 1:
Tulis nama anak di atas kad putih sebegini Aisyah . ( JANGAN tulis SEMUA huruf menggunakan huruf besar. )
Pecahkan (segment) nama anak kepada bunyi-bunyi paling kecil.
Contoh 1 Ejaan BM baku: Aisyah / A - i - sy - a - h /
Contoh 2 Ejaan BM lama: Aishah / A - i - sh - a - h /
Contoh 3 Ejaan Manglish: Ayesha. / A - ye - sh - a / ( 'ye' mewakili bunyi 'ii' )
Kalau anak tanya "Kenape 'ye' bunyi 'ii', pandai-pandaila jawab." :)
Langkah 2:
Tunjuk dan sebut pecahan bunyi nama anak satu persatu.
Ibu: Ini / A - i - sy - a - h /. Aisyah.
Sekarang Aisyah sebut.
( Objektif: Anak memahami namanya terbina daripada simbol-simbol yang mewakili bunyi-bunyi tertentu. )
Langkah 3:
Modelkan kepada anak ejaan namanya.
( Mengeja secara lisan.)
Ibu: Aisyah. A - i - sy - a - h .
Sekarang Aisyah eja nama Aisyah.
Langkah tambahan:
Sekiranya anak mampu menulis, galakkan dia menulis namanya sambil menyebut bunyi satu persatu.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment