Sunday, September 28, 2014

Seminar Ajar Anak Cepat Membaca

Hmmm kosong lagi Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda  pada pukul 8.13am, 27 September 2014.

8.30am peserta mula sampai. Jangan lupa isi borang untuk sijil dan cabutan bertuah ye...

9.05am Penceramah 1, Encik Othman Ahamad memulakan Seminar. Yang ramai-ramai datang ni semua nak ajar anak membaca ke? Anak sendiri ke anak orang


Seronok kami dapat berkongsi tips dengan ibu bapa dan guru-guru yang hebat di Seminar Ajar Anak Cepat Membaca. Seramai 187 peserta hadir dan hampir 10 orang daripada Kaum Adam! Beberapa orang Encik Suami pula sabar mengasuh anak di luar auditorium. Saya cukup kagum bila ada penyertaan lelaki di dalam seminar berkaitan anak-anak. 

Can you spot the men? Lihatlah mereka bercouple di atas tangga. Kerusi ada tapi satu sana, satu sini. Sitting together is more fun kan!

 Aaik peserta-peserta yang sweet ni pulak sempat senyum kat kamera! 

Seterusnya giliran saya.

Nak anak pandai membaca pada usia yang awal? Kita ibu bapalah yang kena mula dulu ya. Jangan kita serahkan tugas mengajar membaca bulat-bulat kepada cikgu sahaja. 
Pesan saya kepada ibu bapa, rangsanglah baby sebaik sahaja mendapat berita Puan Isteri mengandung. Kenapa? Kerana sel otak atau neuron mula terbentuk sebaik sahaja persenyawaan.
Jagalah pemakanan Puan Ibu dan rangsanglah baby yang dikandung. Nanti sel otak berkembang pesat. Kajian Barat membuktikan anak yang cukup dirangsang semasa dalam kandungan akan lebih cerdik, lebih mudah menyusu dan lebih nyenyak tidur.
Nak tahu macamana nak rangsang? Dapatkan buku pinky saya di sini http://www.readnetwork.sto.my/product-769853.html



Setelah baby dilahirkan,  berilah baby makanan yang terbaik, susu ibunya dan teruskan rangsangan. 

 Bukankah anda mahu anak cepat membaca? Rangsanglah pendengarannya, penglihatannya, fizikalnya dan sosio emosinya. 


Tingkatkan tahap kecerdasan linguistiknya dengan penggunaan bahasa yang baik ketika merangsang. You can use more than one language with your baby. 

Titipkan didikan agama untuk pembentukan sahsiah anak yang cemerlang. Semoga anak pintar soleh.
Say NO to ipad, tv, smartphones dan ala bagai. Your baby needs interactions with other humans NOT with GADGETS!

Kemudian giliran Encik Othman sekali lagi.  Beliau berkongsi info kenapa kita lebih senang mengajar anak membaca bahasa Melayu dan Inggeris dengan menggunakan SATU kaedah yang sama sahaja,  KAEDAH FONIK GABUNG BUNYI. Ibu bapa dan guru yang bijak ( dan juga sangat sibuk ) tentu sekali akan memilih kaedah yang memudahkan. Keep calm & go phonics!


Kemudian giliran saya lagi sekali ... Sharing macamana nak sebut bunyi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Haa 4 sahaja bunyi  berbeza dalam BM dan BI, pada tahap awal a, u, o, c.
V dan x tu apa pula? Jom sertai seminar kami.

Kami juga berkongsi tips langkah asas mengajar anak membaca.


Eh sempat pulak saya menari zapin!

Hehe sempat juga buat Mexican wave dengan audien. Seronok!

Waa papa pun sporting!

Seminar diakhiri dengan lagu fonik Abu Ada Ayam. Dah ada ke?
Jom ke kedai kami  http://www.readnetwork.sto.my/category-72367.html

Oops kami juga membuat 10 cabutan bertuah. Sayangnya tiada foto.

Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada pihak Perpustakaan Raja Tun Uda. Cukup seronok berkerjasama dengan mereka. Mudah dan memudahkan. 

Jangan terlepas peluang merangsang anak anda. Start now and have fun with your baby!
Hubungi Readnetwork 0341435440 untuk bengkel / seminar / kursus terdekat.

Together we will build a NATION of readers!








Thursday, September 11, 2014

Recycling Egg Cartons For Reading, Writing And Spelling


Bekas telur jangan dibuang. Selain daripada menggunakannya sebagai alas periuk panas, saya simpan untuk digunakan dalam kelas membaca.

Kalau ada bekas telur besar boleh dipotong dua atau tiga. Saya potong dua.

Kemudian buat sedikit potongan di bahagian atas sepanjang bekas telur.

Seterusnya sediakan kad-kad huruf. Nak senang guna sahaja kad-kad yang diberi PERCUMA bersama buku Bacalah Anakku dan Readeasy Beginner dan Intermediate.



Saya juga menggunakan bahagian belakang kad-kad huruf ini yang sudah dipotong.

Saya menulis huruf-huruf tambahan menggunakan marker bold, Artline 90. Tebal dan jelas.

Jadi bagaimana kita boleh menggunakan bekas telur dan kad-kad huruf untuk mengajar anak membaca? 
Begini caranya ... 


Galak kanak-kanak membina perkataan yang disebut guru/ibu bapa.
Mulakan membina perkataan yang terdapat dalam buku.
Bina juga lain-lain perkataan supaya anak POWER membaca.
Galakkan kanak-kanak menyebut setiap bunyi sambil meletakkan kad-kad dan seterusnya menggabung bunyi-bunyi menjadi perkataan.

Saya juga lebih suka menulis huruf-huruf sendiri dengan menggunakan warna yang sama seperti di dalam buku saya. Sebagai contoh pada peringkat awal, di dalam Readeasy Beginner, saya menggunakan warna hitam untuk bunyi konsonan, warna merah untuk bunyi vokal dan warna biru untuk perkataan Look & Say.

Perkataan Look & Say 'a' adalah biru
Huruf 'a' merah adalah bunyi /ae/.


   Perkataan Look & Say 'the' adalah biru.
(Perhatian: kanak-kanak tidak perlu diajar mengeja perkataan Look & Say pada peringkat awal.)

Aktiviti membina perkataan sebegini mestilah diteruskan apabila kanak-kanak sedang mempelajari membaca READEASY INTERMEDIATE.

Kita perlu ingat bahawa membaca, menulis dan mengeja dalam bahasa Inggeris bukan semudah bahasa Melayu. Kanak-kanak perlu pengulangan yang menyeronokkan. Aktiviti membaca, menulis dan mengeja harus dipelbagaikan. Ya betul banyak kerja. But it is worth the hard effort when you see your child has grown into an excellent reader, writer and speller! Awesome!

Aktiviti membina perkataan ini juga harus diselangi dengan aktiviti menulis dan mengeja perkataan atau frasa yang telah dibina.
Aktiviti di atas boleh juga digunakan untuk bahasa Melayu.

Selamat mencuba!


Tuesday, September 2, 2014

Teaching Kids Make Sense Of Their Names.

Nama anak kita bukan sekadar terdiri daripada huruf-huruf abc. Di antara aktiviti pra bacaan yang penting adalah untuk anak mengenal nama sendiri. Walaupun anak masih belum pandai membaca secara independen, ibu bapa boleh mengajar mereka 'make sense' of his/ her name. Dengan itu anak bukan sekadar menghafal namanya sekali gus atau hanya pandai menyebut nama-nama huruf ( abc, ei, bi, si) di dalam namanya, tetapi mula memahami simbol-simbol huruf mewakili bunyi-bunyi tertentu. 

                Gambar kad imbas nama daripada sayangibuhomeschool.blogspot.com


Aktiviti mengajar anak membaca, menulis dan mengeja namanya menjadi paling mudah sekiranya nama anak dieja dengan BETUL. Zaman sekarang ibu bapa mengeja nama anak ikut sedap ... Bercampur aduk ejaan bahasa Melayu, Inggeris... Mujurlah tak campur dengan bahasa Tamil dan Mandarin. Maklumlah 1 MALAYSIA kan!

Tips yang saya akan kongsikan sesuai  sekiranya anak-anak AKAN, SEDANG atau TELAH diajar membaca menggunakan KAEDAH FONIK. Oleh itu menulis dan mengeja juga menggunakan kaedah yang sama pada tahap awal penguasaan bacaan. 

    Ibu bapa / guru mesti memahami pecahan bunyi di dalam nama anak / pelajar.
    Nama 'Muhammad' ( sila rujuk kad imbas di atas ), terdiri daripada 
    bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'M'.
    Bunyi /u/ yang diwakili oleh huruf 'u'.
    Bunyi /h/ yang diwakili oleh huruf 'h'.
    Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
    Bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'mm'.
    Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
    Bunyi /d/ yang diwakili oleh huruf 'd'.
    PERHATIAN: Kekadang bunyi /m/ diwakili oleh simbol 'm' dan juga 'mm'.
Langkah 1:
    Tulis nama anak di atas kad putih sebegini   Aisyah .  ( JANGAN tulis SEMUA huruf menggunakan huruf besar. )
     Pecahkan (segment) nama anak kepada bunyi-bunyi paling kecil.
     Contoh 1 Ejaan BM baku:      Aisyah     / A - i - sy - a - h /
     Contoh 2 Ejaan BM lama:      Aishah     / A - i - sh - a - h /
     Contoh 3 Ejaan Manglish:      Ayesha.   / A - ye - sh - a /     ( 'ye' mewakili bunyi 'ii' )
     Kalau anak tanya "Kenape 'ye' bunyi 'ii', pandai-pandaila jawab." :)

Langkah 2:
    Tunjuk dan sebut pecahan bunyi nama anak satu persatu.
    Ibu:  Ini     / A - i - sy - a - h /.   Aisyah.
            Sekarang Aisyah sebut.
    ( Objektif: Anak memahami namanya terbina daripada simbol-simbol yang mewakili bunyi-bunyi tertentu. )

Langkah 3:
    Modelkan kepada anak ejaan namanya.
   ( Mengeja secara lisan.)
   Ibu: Aisyah.  A - i - sy - a - h .
          Sekarang Aisyah eja nama Aisyah.

Langkah tambahan:
    Sekiranya anak mampu menulis, galakkan dia menulis namanya sambil menyebut bunyi satu persatu. 

Selamat mencuba!