Kalau ada bekas telur besar boleh dipotong dua atau tiga. Saya potong dua.
Kemudian buat sedikit potongan di bahagian atas sepanjang bekas telur.
Seterusnya sediakan kad-kad huruf. Nak senang guna sahaja kad-kad yang diberi PERCUMA bersama buku Bacalah Anakku dan Readeasy Beginner dan Intermediate.
Saya juga menggunakan bahagian belakang kad-kad huruf ini yang sudah dipotong.
Saya menulis huruf-huruf tambahan menggunakan marker bold, Artline 90. Tebal dan jelas.
Jadi bagaimana kita boleh menggunakan bekas telur dan kad-kad huruf untuk mengajar anak membaca?
Begini caranya ...
Galak kanak-kanak membina perkataan yang disebut guru/ibu bapa.
Mulakan membina perkataan yang terdapat dalam buku.
Bina juga lain-lain perkataan supaya anak POWER membaca.
Galakkan kanak-kanak menyebut setiap bunyi sambil meletakkan kad-kad dan seterusnya menggabung bunyi-bunyi menjadi perkataan.
Saya juga lebih suka menulis huruf-huruf sendiri dengan menggunakan warna yang sama seperti di dalam buku saya. Sebagai contoh pada peringkat awal, di dalam Readeasy Beginner, saya menggunakan warna hitam untuk bunyi konsonan, warna merah untuk bunyi vokal dan warna biru untuk perkataan Look & Say.
Perkataan Look & Say 'a' adalah biru.
Huruf 'a' merah adalah bunyi /ae/.
Perkataan Look & Say 'the' adalah biru.
(Perhatian: kanak-kanak tidak perlu diajar mengeja perkataan Look & Say pada peringkat awal.)
Aktiviti membina perkataan sebegini mestilah diteruskan apabila kanak-kanak sedang mempelajari membaca READEASY INTERMEDIATE.
Kita perlu ingat bahawa membaca, menulis dan mengeja dalam bahasa Inggeris bukan semudah bahasa Melayu. Kanak-kanak perlu pengulangan yang menyeronokkan. Aktiviti membaca, menulis dan mengeja harus dipelbagaikan. Ya betul banyak kerja. But it is worth the hard effort when you see your child has grown into an excellent reader, writer and speller! Awesome!
Aktiviti membina perkataan ini juga harus diselangi dengan aktiviti menulis dan mengeja perkataan atau frasa yang telah dibina.
Aktiviti di atas boleh juga digunakan untuk bahasa Melayu.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment