Selamat bertemu kembali. Saya rasa guilty sangat sebab lama tak update blog. Tapi saat ini cukup bersyukur kerana Allahswt mempermudahkan saya untuk kembali berkongsi idea & pengalaman. Kekadang rasa macam tak semangat nak menulis sebab not sure ada ke orang follow. Kalau Dr Bustam Kamri beliau minta pembaca sign up follower sebagai tanda sokongan & dorongan untuk beliau terus menulis. Rasa macam nak gitu jugak laa. So jangan lupa sign up ye.
Tahun ini saya dapati lebih banyak anak-anak tadika yang pandai membaca berdasarkan Sijil Tamat Membaca yang kami(Readnetwork) berikan secara percuma kepada tadika-tadika yang menggunakan Bacalah Anakku & Readeasy. Tahniah kepada guru-guru mereka. InsyaAllah tak rugi satu sen pun penat mengajar tulis baca kerana ia dikira ilmu yang dapat dimanfaatkan. Tahniah juga kepada ibubapa terutama yang beri sokongan di rumah. Senang sikitla hidup cikgu.
Bagaimanapun, banyak juga kanak-kanak ini yang belum cukup mantop:
- belum cukup lancar membaca(masalah kelancaran)
- masih membuat kesilapan dalam ejaan/penulisan(masalah ejaan & penulisan)
- masih kurang faham apa yang dibaca(masalah kefahaman)
Apa kita cikgu(kalau buat Kelas Pemulihan/Pengayaan) & ibubapa boleh buat dalam cuti akhir tahun ini:
1. Pastikan ada LiITERACY HOUR setiap hari(2 hari sekali pun okla).
Baca buku/majalah 15-30minit. Make it fun. Kalau ada sekumpulan pelajar, mereka boleh bergilir membaca perenggan demi perenggan atau mukasurat demi mukasurat sehingga habis buku. Di rumah anak boleh bergilir dengan ibu/bapa, atuk/nenek. Celebrate setiap akhir sesi dengan bersorak horay, tepuk tangan, lompat-lompat atau joget-joget. Kemudian berbincang dengan mereka apa yang telah dibaca untuk tingkatkan kefahaman. Tanya soalan dan bagi markah atau bintang untuk jawapan yang betul.
2. Buat aktiviti penulisan. Ajar ejaan & penulisan melalui permainan. Anak-anak saya suka sangat main 'Spelling Bee' bila dah pandai membaca.
Cara bermain Spelling Bee(Permainan Lisan):
Pemain: 2 atau lebih
Pemain 1(P1) sebut satu perkataan, sebagai contoh 'tikar' kemudian eja. Sekiranya kanak-kanak belum mantap menyebut nama huruf abc(ei, bi, si), campuran nama & bunyi huruf dibolehkan.
Seterusnya Pemain 2(P2) akan menyebut & mengeja perkataan yang bermula dengan huruf terakhir dalam perkataan Pemain 1.
P1: "Tikar. T-i-k-a-r".
P2: "Rambut. R-a-m-b-u-t".
P1: "Tanduk. T-a-n-d-u-k".
Pemain diberi 5 saat( tengok tahap kemahiran mengeja pelajar) untuk menyebut perkataan & mengeja. Kalau lambat out.
Pemain juga tidak boleh mengulang perkataan yang telah disebut dalam pusingan permainan. Kalau tidak out.
Cuba try game ni dulu best ke tak. Don't be surprise kalau kita orang tua yang kalah coz nyanyok! TERulang perkataan yang sama.
No comments:
Post a Comment