Pelajar Tidak Mengenal ABC
Banyak orang masih keliru & celaru mengenai abc. Anak yang diajar dengan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku tidak tahu NAMA huruf hanya pada peringkat awal. Mereka masih diajar bentuk & rupa huruf yang dikaitkan dengan bunyi di dalam bahasa pertuturan(i.e. BM)
Adalah lebih baik anak tidak diajar nama-nama huruf abc(ei, bi,si) pada peringkat awal membaca. Kajian oleh para saintis Yale University USA membuktikan otak membaca dengan memecah perkataan kepada bunyi(speech sounds) bukan abc(ei,bi, si). For that reason saya selalu mencadangkan kepada guru & ibubapa yang menggunakan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk mengajar nama huruf abc(ei,bi,si) setelah anak sudah pandai membaca(independent reader). Apabila anak sudah pandai membaca & mengeja menggunakan bunyi huruf, memperkenal nama huruf abc tidak akan mengganggu anak tersebut menguasai kemahiran membaca.
Sebagai kesimpulan, dengan Kaedah Fonik anak masih belajar abc. Hanya di peringkat awal mereka diajar bunyi terlebih dahulu kemudian mereka diajar nama huruf.
Bagi kami, pengamal Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku , kalau tak tahu a, b, c(nama huruf) lagi BEST. Lagi mudah nak ajar anak membaca. Lagi cepat dan lancar anak belajar membaca. So kalau nak anak awal membaca we have to set priorities. Apa yang paling penting untuk anak kecil menguasai kemahiran membaca. Nama huruf abc(ei, bi,si) atau bunyi huruf abc(aa, beh, ceh)?
Menurut Professor McGuiness(Pengarang buku 'Why Our Children Can't Read), "The first road block to reading is when you teach your child a b c.". Di dalam buku The Alphabet Effect pula, pengarang buku mengatakan "It is meaningless to teach a small child a b c."
Saya rasa dah tiba masanya kita simpan Kaedah Mengeja di Muzium Negara. No offence to the teachers yang menggunakan Kaedah Mengeja ye... Terima kasih cikgu, saya dulu pun pandai membaca menggunakan Kaedah Mengeja. But now it's end of 2011, let's move forward.
Yang timbul masalah adalah bila anak yang baru pandai membaca(samada di rumah atau tadika menggunakan Bacalah Annkku) masuk ke Tahun 1 dan dipaksa untuk mengeja-ngeja (b(bi) u(yu), bu k(kei) u(yu)m ku, bu…ku), anak itu akan keliru. Kepada guru-guru sekolah rendah, terbaik sekiranya anda memahami Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk membantu anak-anak ini menjadi expert readers, spellers & writers.
No comments:
Post a Comment