"Mak, dah 4 kali Riz baca topik ni, tak faham-faham jugak! Malas la belajar!"
"Aduyai baru 5 minit baca buku, Arif dah tidur. Malas betul anak aku ni..." keluh Encik Jo.
"Puan Nik, apa saya nak buat? Bukak aje buku Bacalah Anakku, anak saya Nina, 5 tahun, terus lari... Macam mana dia nak pandai baca?" Puan Sal mengadu.
Sekiranya anda pernah experience suasana di atas, sah anak anda masuk Geng Kaki Tangan(Tactile/Kinesthetic learner). Anak Geng Kaki Tangan ni tak boleh belajar glued to the chair. They are doers. Mereka dapat fokus belajar dengan lebih baik sekiranya mereka guna kaki dan tangan untuk belajar. Mereka mudah ingat apa yang mereka telah lakukan seperti buat puzzle atau memmasak atau pasang komputer. Mereka suka sports dan di sekolah mereka suka subjek yang banyak aktiviti seperti PJ. Mereka minat buat eksperimen sains. Mereka suka mainan pasang-buka dan bina model(Lego, Lasy). Walaupun mereka tak suka belajar dengan membaca buku, tapi mereka minat buku yang menceritakan pengembaraan. Yang tak best sikit, tulisan Geng Kaki Tangan ni tak berapa kemas(@buruk)
Tips Untuk Bantu Geng Kaki Tangan(Tactile/Kinesthetic)
1. Adakan 'break' yang lebih kerap masa sedang belajar. My 10 yr old son will request a break every 20minutes when doing revision or homework(Yup penat. But no point forcing him to sit longer). Breaks should be 5 minutes only. Saya suka aktiviti Brain Break(www.brainbreaks.blogspot.com).
2. Pengajaran & pembelajaran mesti hands-on. Perbanyakkan aktiviti. So cikgu-cikgu subjek seperti sejarah, agama kena kreatif sikit. Less chalk & talk dengan geng ni.
3. Galakkan mereka hafal fakta sambil berdiri atau berjalan. Untuk bantu mereka fokus bila membaca, berikan squeeze ball untuk mereka pegang. Dan jangan marah anak kalau sambil study dia tap pensil(as long as tak ganggu orang lain).
Bersambung.
No comments:
Post a Comment