Sunday, March 30, 2014

Apa Itu High Quality Literacy Programme ( 2 ) ?

SAMBUNGAN
3. Guru-guru mengajar penulisan seiringan dengan mengajar  membaca. Pendekatan penulisan yang diamalkan adalah penulisan kreatif ( multi sensori ).
Kebaikan: Pengajaran dan pembelajaran literasi lebih bermakna. Penulisan sebegini membantu kanak-kanak mengingat hubung kait bunyi-simbol dengan baik, membaca, mengeja dan menulis perkataan / ayat dengan tepat. 

4. Guru-guru menyemakmerekod dan melapor pencapaian literasi kanak-kanak secara berterusan ( no exams please! )
Kebaikan: evaluasi yang berterusan memudahkan intervensi awal sekira perlu. 

5. Guru-guru melibatkan ibu bapa di dalam aktiviti sokongan literasi di rumah. 
Kebaikan: Sokongan literasi di rumah membantu kanak-kanak membaca lebih awal usia, cepat dan memahami teks bacaannya.
Video ibu membantu / mengajar  anak membaca pada awal usia http://youtu.be/ofrq6EPiXV0
 
BERSAMBUNG
 

Friday, March 28, 2014

Apa Itu High Quality Literacy Programme (1)

Adakah tadika / pusat perkembangan / prasekolah anak anda mempunyai Program Literasi  Berkualiti tinggi ( High Quality Literacy Programme )?
Jom kita semak. 
1. Guru-guru mengamalkan READ ALOUD dan banyak BERBUAL dengan anak-anak. 
Kebaikan: meningkat kosa kata dan penguasaan bahasa kanak-kanak.

2. Guru-guru mengajar bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan terlebih dahulu 
( sebelum mengajar nama huruf abc ).
Kebaikan: penguasaan bunyi-bunyi bahasa pertuturan membantu kanak-kanak membaca dengan lebih mudah dan cepat. 

3. Kanak-kanak dibekalkan buku bacaan fonik bertahap 
( graded phonics readers ).
Kebaikan: Pembelajaran & pengajaran 
( P&P) literasi lebih sistematik. 
Dapatkan produk literasi berkualiti di sini http://www.readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=143&Itemid=71

BERSAMBUNG


Kaedah Membaca Untuk Anak Istimewa

Semalam saya mendapat panggilan telefon daripada seorang ibu yang mempunyai anak ( 5 tahun ), bermasalah pendengaran & pertuturan . Beliau bertanya samada  kebolehan anaknya bertutur akan terganggu sekiranya beliau mengajar anaknya membaca dengan kaedah fonik Bacalah Anakku.

Jawapan saya:
TIDAK menganggu malah akan MEMBANTU.
Bagaimana Kaedah Fonik Gabung Bunyi (KFGB) Bacalah Anakku ( dan juga Readeasy Phonics ) dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran dan pertuturan?
1. KFGB Bacalah Anakku & Readeasy mengajar bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan ( bahasa Melayu & Inggeris ).
Bunyi-bunyi kecil inilah yang didengar dan diucap apabila seseorang bertutur.
Sebagai contoh apabila kita menyebut perkataan 'susu', kita menggabungkan bunyi-bunyi kecil / ss- uu - ss - uu / menjadi / susu /.
Dan bunyi-bunyi inilah, / ss / dan / uu /, yang dapat didengari apabila seseorang menyebut 'susu'.
Untuk lebih jelas, 'slow-motion'kan sebutan anda.
Begitu juga untuk perkataan bahasa Inggeris.

When you say the word 'men', you are actually blending the smallest speech sounds / mm - e - nn / together to form the word / men /.
And when you say 'men' out loud slowly, you can hear the sounds  / mm /, / e / and / nn /.

Mengajar kanak-kanak bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan akan membantu kanak-kanak, tak kira samada mereka normal atau istimewa,  menyebut perkataan dengan lebih JELAS ( Speech Clarity ).

2. KFGB Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics seterusnya mengajar anak anda menghubung kaitkan bunyi dengan simbol. 

Dalam bahasa Melayu sebagai contoh bunyi /ss/ dikaitkan dengan simbol 's', bunyi /uu/ dikaitkan dengan simbol 'u'. 

Dalam bahasa Inggeris bunyi /mm/  dikaitkan dengan simbol 'm', bunyi /e/ dikaitkan dengan simbol 'e' dan bunyi /nn/ dikaitkan dengan simbol 'n'. 
Inilah cara yang paling logik dan bermakna untuk kanak-kanak mengenal huruf berbandingkan mengajar kanak-kanak nama huruf, abc ( ei, bi, si ). 

Kajian terkini daripada barat membuktikan mengajar kanak-kanak bunyi-bunyi bahasa pertuturan ( speech sounds ) adalah lebih berguna daripada mengajar mereka nama huruf abc. Kajian juga mengatakan kanak-kanak yang 'peka bunyi' akan mudah membaca.

Terdapat pula 21 simbol yang bunyinya sama atau hamper sama dalam bahasa Melayu dan Inggeris sebagai contoh simbol 'm', 's' dan 'n' dikaitkan dengan bunyi yang sama di dalam BM dan BI.

Kesimpulannya dengan 1 kaedah, kaedah fonik gabung bunyi, kanak-kanak boleh diajar membaca dalam dua bahasa.

3. Yang paling BEST, apabila kanak-kanak diajar membaca dengan menggabungkan bunyi, mereka TERUS dapat membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Sekiranya penguasaan bahasanya baik, mereka akan dapat memahami makna perkataan sekali gus. 

Di sini pautan mengajar anak membaca dengan menggabungkan bunyi 

http://youtu.be/jnaLai_AwMs
http://youtu.be/QNKKpwlrNM4

Tambahan pula, cara menggabung bunyi untuk membaca TIDAK membebankan memori kanak-kanak istimewa sebagaimana kaedah mengeja dan suku kata yang mengsyaratkan kanak-kanak menghafal ribuan pola ejaan untuk mahir membaca. 

http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/03/aduyai-banyaknya-kena-hafal.html

Begitu juga untuk bahasa Inggeris, KFGB Readeasy Phonics lebih logik dan mudah untuk semua kanak-Kanak berbanding dengan kaedah hafalan perkataan LOOK AND SAY atau word rhymes phonics.

4. KFGB Bacalah Anakku dan Readeasy menggunakan pendekatan MULTI SENSORY dan WHOLE BRAIN dalam pengajarannya melalui lagu aksi Abu Ada Ayam dan Cory Cat, latihan aksi asosiasi, lukisan dan penulisan kreatif.

Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku & Readeasy Phonics KAEDAH MEMBACA ALAF BARU.

Sunday, March 23, 2014

Lemah Membaca Bahasa Inggeris ... Salah Siapa?

Jom kita lihat sejarah mengajar membaca bahasa Inggeris di Malaysia. Sebenarnya daripada dahulu murid-murid sekolah di Malaysia TIDAK PERNAH betul-betul diajar membaca. 


Semasa saya bersekolah bermula dari kindergarten pada tahun 1969 sehingga  tingkatan 5, 1980, saya dan juga ribuan pelajar sekolah lain diajar membaca dengan mengeja dan kemudian mengikut cara guru menyebut perkataan tersebut.
Saya namakan kaedah ini 'SPELL and  SAY'.
Seterusnya guru akan memberitahu makna perkataan tersebut.
Apabila membaca teks bahasa Inggeris pula, guru akan membaca ayat demi ayat dan pelajar akan mengikut bacaannya.

Kesimpulannya kita diajar membaca bahasa Inggeris dengan menghafal ejaan, sebutan perkataan 
( pronunciation ) dan makna sekali gus.

Saya bertanya ibu saya yang berumur 75 tahun bagaimana dia diajar membaca dalam bahasa Inggeris semasa dia bersekolah dahulu. Dia memberi jawapan yang sama. Katanya guru baca dan pelajar ikut. Dia juga diajar menghafal ejaan, sebutan perkataan ( pronunciation ) dan makna. Walau bagaimanapun pada zaman beliau bersekolah, masih ada guru Mat Salleh. Siapa yang dapat guru Mat Salleh beruntung kerana 'pronunciation'nya tepat.

Pada tahun 2011, dokumen standard KSSR Bahasa Inggeris menyatakan ' the strategy of phonics is introduced in order to help pupils begin to read and a good foundation in penmanship will help pupils acquire good handwriting.'
Rujukan: Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah, Modul Teras Asas Bahasa Inggeris SK, Tahun 1 dan 2. 

http://web.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/03%20Bahasa%20Inggeris/01%20DSK%20English%20Y1-%20SK.pdf

Bermula pada tahun 2011, pelajar sekolah rendah kebangsaan ( SK ) diajar membaca menggunakan phonics ( lebih tepat menggunakan synthetic phonics ). Melalui program phonics KSSR, barulah bermula sejarah murid sekolah rendah kebangsaan diajar membaca bahasa Inggeris secara jelas dan terperinci. Walau bagaimanpun saya kurang pasti sejauh mana guru-guru bahasa Inggeris dilatih untuk tujuan ini.

Sekiranya guru-guru dilatih dengan baik, maka saya berani mengatakan hanya bermula 2011 barulah murid-murid diajar membaca dengan mendekod 
( decode ) perkataan. Bukan dengan sekadar menghafal sebutan perkataan dan ejaannya.


Maka sebelum 2011 saya berpendapat banyak pelajar sekolah rendah tidak tahu, tidak pandai dan tidak lancar membaca bahasa Inggeris. Apatah lagi menulis karangan! Bahkan begitu jugalah situasi pelajar sekolah menengah kebangsaan berdasarkan pengalaman saya sebagai guru sekolah menengah bahasa Inggeris ( 1989 - 97 ).

Justeru itu berkemungkinan besar ( kerana saya tidak membuat kajian spesifik mengenai situasi ini ) murid-murid sekolah di Malaysia secara umumnya:
1. Tidak tahu membaca bahasa Inggeris.
2. Lemah prestasi bahasa Inggeris.
3. Tidak minat mempelajari subjek bahasa Inggeris. Bahkan ada yang takut dengan apa saja berkaitan bahasa Inggeris ( Takut nak baca, takut nak bercakap ).
4. Tidak ada budaya membaca buku-buku bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, pelajar tadika swasta  khususnya, yang menggunakan program bacaan READEASY PHONICS ( 2001 ), telah diajar membaca dengan mendekod perkataan jauh lebih awal berbanding dengan pelajar sekolah rendah kebangsaan.

Sebagai ibu bapa atau guru, kita mestilah bijak memilih kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris.




Friday, March 21, 2014

Otak dan Air


Anak mudah lupa.
Anak tak fokus.
Anak mudah penat.
Anak mudah mengantuk.

Semak samada anak anda minum air kosong secukupnya.
Bagaimana otak berfungsi berkait rapat dengan pengambilan air kosong.
Kanak-kanak memerlukan AIR KOSONG untuk belajar. Mereka tidak memerlukan jus, minuman bersoda, kopi atau pun teh. Air sirap pun mereka tak perlu.


Sekiranya kita ingin anak kita belajar dengan lebih baik di sekolah, biasakanlah anak kita membawa sebotol air kosong sebagai bekal, seawal mereka melangkah ke alam tadika.

Pihak tadika pula menyediakan air kosong di setiap kelas. Guru-guru tadika pula menggalakkan anak-anak meminum segelas air setiap kali sebelum pelajaran dimulakan. Ya betul... Keraplah mereka ke tandas!

Tidak mengapa. Yang lebih penting, sekiranya pengambilan air cukup, anak kita mampu berfikir dengan lebih pantas. Mereka mampu memberi perhatian. Mereka mudah faham. Mereka mudah ingat dan mereka lebih kreatif!
Jom, sediakan sebotol air kosong di setiap bilik di rumah kita juga. 
Jangan lupa ceritakan kepada anak-anak kita kepentingan air kosong untuk otak berfungsi hebat. 

Thursday, March 20, 2014

Tip Mudah Untuk Mula Mengajar Anak Membaca

Mengajar anak kecil membaca memerlukan kesungguhan, kesabaran dan ketekunan yang berterusan. Apa yang anda perlu untuk mengajar anak kecil membaca?

1. ILMU bagaimana cara terbaik untuk mengajar anak kecil membaca.
Dapatkan tips di www.cepatmembaca.blogspot.com
dan / atau ikuti kursus ajar anak membaca ( info di Facabook Kursus Bacalah Anakku dan Readeasy; http://www.readnetwork.com/readnbaru/v1_kursus.html )

2. Kesungguhan, kesabaran dan ketekunan yang berterusan.
Betulkan niat kita.  Sebagai ibu bapa, kita memupuk dan mengajar anak kecil membaca awal kerana kita SEDAR akan hak anak kita untuk diajar membaca. Kita SEDAR kita adalah orang pertama yang diperTANGGUNGJAWABkan untuk mengajar anak tulis baca.

'Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah kah milik setiap anak.'

3. Dapatkan BUKU dan bahan sampingan untuk mengajar membaca.
Dapatkan produk awal membaca PILIHAN NO. 1 Malaysia di sini www.readnetwork.com

4. Buat jadual bacaan untuk anak. 
Sesi 2, 3 minit, 2 atau 3 kali sehari adalah lebih baik daripada sesi sejam seminggu sekali. 
Ajar anak kecil membaca setiap hari kerana kemahiran membaca adalah kemahiran yang kompleks.

5. Laksanakan dengan bacaan Bismillah!

Jangan lupa jadikan sesi bacaan anak anda menyeronokkan!

Tetapi anda ibu bapa yang sibuk? 
BERSAMBUNG


Monday, March 3, 2014

10 Aktiviti Mengajar Membaca Pilihan Saya ( 2 )


2. Famili bunyi / Sound Family
Ingat tak permainan ice breaking dulu-dulu di mana setiap peserta diberi kertas yg ditulis nama binatang. Peserta di arah membuat bunyi binatang untuk mencari kumpulan mereka. 

Di dalam Famili Bunyi, 
Guru memberi setiap pelajar sekeping kad bunyi. Mereka dibenarkan untuk hanya menyebut bunyi huruf untuk mencari famili bunyi mereka. Mereka tidak dibenarkan menunjukkan kad mereka. 

2. Tom Tom Bak / Bang It!
Minta pelajar buat 6 petak grid di atas kertas dan menulis secara rawak 6 bunyi huruf yang disebut guru.  Setiap pelajar akan mengisi petak gird mereka berlainan. 

Kemudian guru akan menyebut 3 bunyi berturut-turut, sebagai contoh k, m, s. Pelajar akan menumbuk huruf pada petak sambil menyebut bunyi-bunyi yang disebut guru tadi mengikut urutan yang sama. 

Variasi permainan: bunyi huruf boleh ditukar kepada suku kata terbuka /tertutup. 
BERSAMBUNG