Sunday, March 23, 2014

Lemah Membaca Bahasa Inggeris ... Salah Siapa?

Jom kita lihat sejarah mengajar membaca bahasa Inggeris di Malaysia. Sebenarnya daripada dahulu murid-murid sekolah di Malaysia TIDAK PERNAH betul-betul diajar membaca. 

Semasa saya bersekolah bermula dari kindergarten pada tahun 1969 sehingga  tingkatan 5, 1980, saya dan juga ribuan pelajar sekolah lain diajar membaca dengan mengeja dan kemudian mengikut cara guru menyebut perkataan tersebut.
Saya namakan kaedah ini 'SPELL and  SAY'.
Seterusnya guru akan memberitahu makna perkataan tersebut.
Apabila membaca teks bahasa Inggeris pula, guru akan membaca ayat demi ayat dan pelajar akan mengikut bacaannya.

Kesimpulannya kita diajar membaca bahasa Inggeris dengan menghafal ejaan, sebutan perkataan 
( pronunciation ) dan makna sekali gus.

Saya bertanya ibu saya yang berumur 75 tahun bagaimana dia diajar membaca dalam bahasa Inggeris semasa dia bersekolah dahulu. Dia memberi jawapan yang sama. Katanya guru baca dan pelajar ikut. Dia juga diajar menghafal ejaan, sebutan perkataan ( pronunciation ) dan makna. Walau bagaimanapun pada zaman beliau bersekolah, masih ada guru Mat Salleh. Siapa yang dapat guru Mat Salleh beruntung kerana 'pronunciation'nya tepat.

Pada tahun 2011, dokumen standard KSSR Bahasa Inggeris menyatakan ' the strategy of phonics is introduced in order to help pupils begin to read and a good foundation in penmanship will help pupils acquire good handwriting.'
Rujukan: Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah, Modul Teras Asas Bahasa Inggeris SK, Tahun 1 dan 2. 

http://web.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/03%20Bahasa%20Inggeris/01%20DSK%20English%20Y1-%20SK.pdf

Bermula pada tahun 2011, pelajar sekolah rendah kebangsaan ( SK ) diajar membaca menggunakan phonics ( lebih tepat menggunakan synthetic phonics ). Melalui program phonics KSSR, barulah bermula sejarah murid sekolah rendah kebangsaan diajar membaca bahasa Inggeris secara jelas dan terperinci. Walau bagaimanpun saya kurang pasti sejauh mana guru-guru bahasa Inggeris dilatih untuk tujuan ini.

Sekiranya guru-guru dilatih dengan baik, maka saya berani mengatakan hanya bermula 2011 barulah murid-murid diajar membaca dengan mendekod 
( decode ) perkataan. Bukan dengan sekadar menghafal sebutan perkataan dan ejaannya.

Maka sebelum 2011 saya berpendapat banyak pelajar sekolah rendah tidak tahu, tidak pandai dan tidak lancar membaca bahasa Inggeris. Apatah lagi menulis karangan! Bahkan begitu jugalah situasi pelajar sekolah menengah kebangsaan berdasarkan pengalaman saya sebagai guru sekolah menengah bahasa Inggeris ( 1989 - 97 ).

Justeru itu berkemungkinan besar ( kerana saya tidak membuat kajian spesifik mengenai situasi ini ) murid-murid sekolah di Malaysia secara umumnya:
1. Tidak tahu membaca bahasa Inggeris.
2. Lemah prestasi bahasa Inggeris.
3. Tidak minat mempelajari subjek bahasa Inggeris. Bahkan ada yang takut dengan apa saja berkaitan bahasa Inggeris ( Takut nak baca, takut nak bercakap ).
4. Tidak ada budaya membaca buku-buku bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, pelajar tadika swasta  khususnya, yang menggunakan program bacaan READEASY PHONICS ( 2001 ), telah diajar membaca dengan mendekod perkataan jauh lebih awal berbanding dengan pelajar sekolah rendah kebangsaan.

Sebagai ibu bapa atau guru, kita mestilah bijak memilih kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris.

4 comments:

PROFESSIONAL CHEFF said...

Semasa anak-anak saya di bangku sekolah dulu, memang saya menghadapi masaalah ini. Sedikit demi sedikit kami wujudkan suasana bercakap dalam bahasa Inggeris dalam keluarga. Generasi cucunda mendapat faedah maksima apabila kami bercakap bahasa Inggeris secara total dari bayi lagi.Saya dapati mereka tidak hadapi permasaalahan dalam pronouciation dan sebagainya. Lidah mereka tidak seperti lidah kita yang bercakap Malaysian English. Ia tidak perlu di ajar melainkan berlaku secara naturally apabila mereka mendengar dari tv dan sebagainya. Pendedahan inilah yang memainkan peranan yang penting.

cepatmembaca said...

Saya setuju dgn Pn hafidzyoungscientist. Dedahkan bahasa kedua, b.inggeris, dari bayi, saya lebih suka melalui interaksi hari2. Lebih natural. Yang menjadi kerisauan bila ibu bapa memilih untuk parking baby 24/7 depan tv utk belajar bahasa Inggeris samada kerana BI mereka tidak bagus atau kerana kesibukan.