Anak mudah lupa.
Anak tak fokus.
Anak mudah penat.
Anak mudah mengantuk.
Semak samada anak anda minum air kosong secukupnya.
Bagaimana otak berfungsi berkait rapat dengan pengambilan air kosong.
Kanak-kanak memerlukan AIR KOSONG untuk belajar. Mereka tidak memerlukan jus, minuman bersoda, kopi atau pun teh. Air sirap pun mereka tak perlu.
Sekiranya kita ingin anak kita belajar dengan lebih baik di sekolah, biasakanlah anak kita membawa sebotol air kosong sebagai bekal, seawal mereka melangkah ke alam tadika.
Pihak tadika pula menyediakan air kosong di setiap kelas. Guru-guru tadika pula menggalakkan anak-anak meminum segelas air setiap kali sebelum pelajaran dimulakan. Ya betul... Keraplah mereka ke tandas!
Tidak mengapa. Yang lebih penting, sekiranya pengambilan air cukup, anak kita mampu berfikir dengan lebih pantas. Mereka mampu memberi perhatian. Mereka mudah faham. Mereka mudah ingat dan mereka lebih kreatif!
Jom, sediakan sebotol air kosong di setiap bilik di rumah kita juga.
Jangan lupa ceritakan kepada anak-anak kita kepentingan air kosong untuk otak berfungsi hebat.
No comments:
Post a Comment