Friday, April 4, 2014

Jangan Biarkan Anak Anda Gagal Membaca

Kanak-kanak prasekolah yang LEMAH PERBENDAHARAAN KATA dan LEMAH KESEDARAN FONEMIK ( kepekaan terhadap bunyi-bunyi kecil bahasa pertuturan ) adalah kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk gagal dalam menguasai kemahiran menulis dan membaca. 
Bagaimana anak anda?



Jom sediakan anak-anak dengan memberi mereka peluang untuk berbual dan bermain dengan anda, ahli keluarga dan rakan sebaya. 
Beri juga mereka peluang untuk melakukan aktiviti kesedaran fonemik :
1. Main menamakan objek di persekiran rumah dan mengaitkan dengan bunyi awal perkataan. 
Contoh:
Ibu bapa/guru: Itu apa?
Anak: cawan
Ibu bapa/guru: Cawan. Bila kita sebut 'cawan' ada bunyi /c/ di depan. 
/c/, cawan.  
Galakkan anak mengulangi /c/ cawan. 
Setelah anak dibiasakan dengan permainan sebegini, tanya,
Ibu bapa/guru: Bunyi apa Kak Long dengar bila mama sebut 'cawan'?

 2. Membiasakan kanak-kanak dengar gabungan 2 bunyi.
Ibu bapa/guru: /m/, /a/, ma. 
* Kemudian tanya /m/ kawan /a/ jadi apa?
Sekiranya anak tidak dapat menjawab, beritahu jawapan dengan senyuman manis. 
Teruskan aktiviti membiasakan anak mendengar gabungan bunyi. 
Aktiviti sebegini diamalkan di Taska Avicenna Pn Eka BIntanawati Muchtar, Rawang, Selangor, seawal anak berumur 6 bulan.  Menurut beliau aktiviti ini membantu anak-anak tadika cepat mengenal bunyi - simbol ( 1 tahun +) dan cukup bersedia untuk belajar membaca secara formal pada umur (3 tahun).
Yang sangat mengujakan, anak-anak taska beliau  yang biasa dilatih sebegini dapat menyebut /ma/, apabila pengasuh menyebut /mm - aa/, dan seumpamanya.

Lakukanlah aktiviti ini dengan tenang dan bersahaja, sambil anak sedang bermain. Tidak perlu mewujudkan sesi khas.


- gabungan 3 bunyi ( lebih sesuai untuk anak 2 tahun + ), comtoh, /m/, /a/, /s/, mas. 
Ulang langkah *  di atas. 

- gabungan 4 bunyi ( sesuai untuk anak 3 tahun + yang sedang belajar membaca ), contoh /m/, /a/, /s/, /a/,  masa. 
Ulang langkah * di atas. 

Aktviti kesedaran fonemik adalah aktiviti LISAN ( NO books or letter / word cards needed ). 

5 comments:

umi hannan said...

anak saya membaca menggunakan kaedah fonik di pra sekolah..hampir 2thn belum menguasai kelapan lapan buku..apakh pengukuhan yg perlu diberi?http://abiumihannan.blogspot.com

cepatmembaca said...

Pn umi hannan, mohon semak samada gurunya menggunakan teknik gabung bunyi atau masih mengajar anak Pn mengeja atau hafal suku kata. Byk juga yg guna Bacalah Anakku tapi mengajar membaca menggunakan cara tradisional. Kalau guru sudah menggunakan teknik gabung bunyi, semak:
- anak kenal bunyi atau nama huruf
- semak anak faham gabung bunyi dgn ,sebagai contoh, memberi kad m, a, i, u. Kemudian minat dia buat ma, mi, mu.
Sekiranya masih belum ingat bunyi dan lemah gabung bunyi perlu mula dari awal menggunakan teknik multi sensori.

Metrobestmom said...

anak saya masih belum mengenali gabungan 3 huruf...
http://metrobestmom.blogspot.com

Unknown said...

Di Pra Sek Ren Rapat Setia mengajar teknik ni..apa yg saya perhatikan anak saya 5thn mampu menguasai 2 suku kata (2+2)mcm seh u - su deh u - du = sudu..tapi bila 2+3 dia mula keliru..tp msh boleh baca perkataan mudah mcm seh u - su keh an - kan = sukan..masuk 2+2+3 mcm TELINGA..dia eja teh e - te leh i- li yg last nga tu dia x pandai (mamanya pn sama..ada sedikit je pendedahan bab ini)...mcm mana nk tangani ye..br jap td sy dpt tau pasal pakej buku fonic bacalah sayang..akan usaha dptknnya..cuma x.lewat ke coz next ye dia da 6thn?

Anakku bijak bahasa inggeris~grammar!! said...

Salam..saya baru nk mencuba untuk anak saya..saya tengok banyak tips pembacaan boleh di lihat dlm buku ni..saya harap anak saya boleh membaca slepas ni..mcm2 kaedah saye gune untuk ajar anak2 saye..terime kasih kerna menerbitkan buku sbegini..