Saturday, January 10, 2015

The Most Natural Way To Teach Reading


Kaedah Fonik Gabung Bunyi ( synthetic phonics ) adalah cara yang paling FITRAH (natural) untuk mengajar membaca - samada untuk kanak-kanak mau pun orang dewasa.

KENAPA?
Kerana Kaedah Fonik Gabung Bunyi mengajar hubungi kait di antara bunyi dan simbol.
    Pelajar diajar bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan (fonem) boleh diwakili oleh huruf atau huruf-huruf (simbol).

Jom kita lihat perkembangan bahasa bayi.
Umur:
1 bulan - WAA nangis! Nangis lapar, nangis ngantuk, nangis tak selesa.
           
    Baby tengah buat work out peti suara. Nanti macam-macam bunyi lagi akan keluar.

2 hingga 5 bulan - uuu, aaa, iiii bunyi-bunyi awal yang paling mudah dikeluarkan oleh baby ( bunyi vokal ).
Sebab itulah dalam Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar membaca perkataan yang ada bunyi /a/, /i/, /u/ dahulu. Ini yang dikatakan FITRAH.


Bayi berumur 2 himgga 3 bulan juga mengeluarkan bunyi k, g, l, h ( bunyi konsonan ) seperti bunyi bbb, ddd, ppp dan mmm.  Inilah peringkat 'cooing', 'babbling' dan 'gurgling'.

6 hingga 12 bulan - baby mula meluahkan bunyi suku kata, mamama, papapa, dadada, gugu, gaga.

Sebab itulah di dalam Bacalah Anakku, bunyi-bunyi  /n, b, m, k / adalah di antara bunyi awal yang diperkenalkan. Seterusnya kanak-kanak dilatih menggabung bunyi suku kata terbuka dahulu.
Ini yang dikatakan FITRAH.

Menjangkau umur 12 bulan, bayi mula menyebut perkataan mudah seperti mama, papa dan baba. 
Di akhir 18 bulan, mereka boleh menyebut lebih kurang10 perkataan dan mereka memahami  perkataan tersebut.

Di akhir 24 bulan, mereka boleh menyebut frasa seperti 'nak bola'.
Sebab itulah anak seawal 3 tahun mampu diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi BACALAH ANAKKU.


Buatlah pilihan yang BIJAK.
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku boleh dibeli di www.readnetwork.sto.my 



                   



Monday, January 5, 2015

Pssst .... Saya ada RAHSIA (2)

SAMBUNGAN:
Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.

Sesetengah kanak-kanak kecil perlu banyak latihan dan pengulangan untuk pandai membaca.
Latihan yang penting adalah LATIHAN GABUNG BUNYI.

Kita melatih kanak-kanak menggabung bunyi supaya mereka faham bahawa perkataan terbina daripada bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan. Perkataan yang diucapkan TIDAK terbina daripada NAMA HURUF abc ( ei, bi, si ).

Oleh kerana kita mengajar kanak-kanak, maka latihan dan pengulangan mestilah MENYERONOKKAN.
Jom latih mereka menggabung bunyi sambil memandu kereta.

Bahan-bahan:
Kereta mainan
Kad-kad huruf ( saya menggunakan kad-kad Bacalah Anakku )
Trek kereta lumba / jalan raya / karpet seperti di dalam gambar.


1. Atur kad seperti mana di dalam gambar.

2. Modelkan kepada kanak-kanak bagaimana menggabung bunyi sambil memandu.
/b/ ... /i/,    / bi /
/n/ ... /a/,   / na /

3. Galakkan kanak-kanak melakukan sebagaimana ditunjukkan.

4. Teruskan bermain dengan mengganti kad-kad kad bunyi/huruf dengan kad-kad yang berbeza.
Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan tetapi sangat berkesan untuk melatih gabungan bunyi kerana pendekatan 'hands-on'.




 



Sunday, January 4, 2015

It's January 2015 .... Sudah 19 tahun TERBUKTI BERKESAN.



Gi mari gi mari sudah 19 tahun Bacalah Anakku di pasaran. Sudah puluhan ribu kanak-kanak berjaya membaca dengan mudah dan cepat dengan Bacalah Anakku. Bahkan anak-anak yang berjaya membaca dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku bukan saja dapat membaca bahasa Melayu dengan sangat baik, tetapi mereka dapat juga membaca bahasa Inggeris dengan baik.
Mereka juga dapat mengeja dan menulis dengan tepat.

Kenapakah Bacalah Anakku menjadi PILIHAN No. 1 untuk mengajar kanak-kanak membaca?
- Bacalah Anakku  disokong dengan kaedah mengajar yang berkesan  iaitu Kaedah Fonik Gabung Bunyi ( synthetic phonics ).
Kaedah yang sama digunakan untuk mengajar membaca bahasa Inggeris ( Readeasy Phonics dan KSSR English di sekolah kerajaan. )
Dengan 1 KAEDAH, kita dapat mengajar kanak-kanak membaca di dalam 2 BAHASA.

Kaedah Fonik Gabung Bunyi adalah kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak;
mengikut fitrah, logik dan tidak membebankan daya ingatan.

- Kaedah Fonik Gabung Bunyi mengajar kanak-kanak menyebut dan menggabung bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan. Paling banyak pun 31 bunyi-simbol sahaja yang kanak-kanak perlu ingat untuk bahasa Melayu.

Kaedah mengeja dan suku kata tidak logik dan membebankan memori.

- Bacalah Anakku murah. Dengan harga Rm41.90 anda akan dapat 8 buah buku bacaan, 1 VCD panduan mengajar, 1buku panduan mengajar, 12 keping kad imbas.


You get your money's worth.

- Kedua penulis bersama Consultant Team Readnetwork sentiasa memberi bimbingan melalui bengkel dan kursus di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
 

Mohon hubungi Readnetwork 0341435440 atau pm Readers Kids di Facebook untuk tempahan bengkel atau kursus.


IMPROVISED ... Alat Bantu Cawan Polisterin

Cara MUDAH untuk kanak-kanak menggabung bunyi dengan PANTAS.

Edisi pertama:

Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas kerana saiz huruf yang kecil.

Edisi kedua:

          
Sesuai untuk kanak-kanak lebih muda, 4 dan 5 tahun.

PASTIKAN anak-anak diajar menggabung bunyi.
Bagi ibu bapa dan guru yang belum jelas mengenai membaca dengan menggabung bunyi, saya kongsikan video panduan di sini http://youtu.be/jnaLai_AwMs

Friday, January 2, 2015

Psssst.... Saya Ada RAHSIA ( 1 )

Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.
Bukan dengan mengeja-ngeja atau menghafal beratus pola suku kata.
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/03/aduyai-banyaknya-kena-hafal.html)

Di dalam jangka masa anak sedang belajar membaca, guru dan ibu bapa seharusnya sentiasa mencari PELUANG melatih anak untuk menggabung bunyi.

AKTIVITI CADANGAN:
1. Aktiviti Gabung Bunyi Lisan ( Oral Blending )
Guru (G) menyebut bunyi-bunyi, pelajar(P) menggabung bunyi menjadi suku kata atau perkataan.
Contoh:
Bahasa Melayu
G: /b ... a/,             P: / ba /
G: /s ... a/,             P: / sa /
G: /i... b ... u/,        P: / ibu /

Bahasa Inggeris
G: /h... a ... t/,                 P: / hat /
G: /c... a ... m ... p /,       P: / camp /
G: /s... t ... o ... p /,        P: / stop /

2. Aktiviti Gabung Bunyi Cawan Polisterin 

Bahan: 
1. Cawan polisterin secukupnya.
2. Pen Sharpie/Artline mata halus.
Merah untuk huruf vokal. Hitam untuk huruf konsonan.
(Pssst saya tak jumpa sharpie hitam.)
3. Set Bacalah Anakku dan /atau Readeasy sebagai rujukan.

Untuk gabung bunyi pantas buku 1 - 5, tulis huruf-huruf a ,i, u sahaja menggunakan pen merah.

Seterusnya tulis huruf-huruf n, b, m, s, k, t, c, y, p ( Bunyi-bunyi huruf sehingga buku 4. Bunyi selebihnya sila tulis di cawan lain. Tak muat.)

 
Susun cawan-cawan seperti di dalam gambar di atas.
Galak pelajar menggabung bunyi sambil memusing-musing cawan.

Untuk gabung bunyi pantas buku 6, tulis huruf-huruf n, k, m dan r untuk akhiran, di atas sebiji lagi cawan.

Kemudian susun cawan-cawan sebagaimana di dalam gambar di bawah.
Galak pelajar menggabung bunyi sambil memusing-musing cawan.

Aktiviti di atas boleh dikembangkan untuk buku-buku 7 dan 8 dan juga untuk Readeasy Phonics.
Selamat mencuba!

PERHATIAN:
Alat bantu ini hanya sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas kerana saiz huruf yang ditulis kecil.
Untuk kanak-kanak kecil,  Kad Tarik adalah lebih sesuai.
Nanti saya cerita pasal Kad Tarik ya!

Jangan lupa letak cawan-cawan gabung bunyi ini di segenap penjuru rumah atau kelas.
Boleh juga dibawa berjalan-jalan.

Friday, October 17, 2014

Why We Should Understand The Different Stages Of Reading

Kita Ibu bapa dan guru-guru literasi mestilah memahami tahap bacaan anak/pelajar kita supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat. Sokongan dan bantuan yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.

TAHAP-TAHAP BACAAN ANAK KECIL berdasarkan Kaedah Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy:
1. TAHAP PRA BACAAN / PRE READING STAGE ( 0 - 3 tahun )
 Bertutur, bermain, menyanyi, berpantun, melukis, menconteng/menulis, mengenal bunyi huruf (fonem) dan bacaan lantang (read aloud) oleh ibu bapa dan pengasuh.

2. TAHAP AWAL BACAAN / EMERGENT READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Menghubung kait bunyi huruf / fonem dengan simbol, menggabung bunyi suku kata ( untuk bahasa Melayu ), mendekod ( decode ) perkataan, membaca teks pendek; belum dapat memahami sepenuhnya apa yang dibaca.



Foto: Kanak-kanak 3 Dan 4 tahun di Pusat Jagaan Didik Literasi.
 
3. TAHAP BACAAN LANCAR / EARLY READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan menggabung bunyi-bunyi huruf atau fonem-fonem dengan baik.
Memahami sedikit / sederhana apa yang dibaca.

4. TAHAP BACAAN MAHIR / EXPERT READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan lancar dengan sebutan dan intonasi yang baik; membaca tanpa menggunakan jari sebagai penunjuk, membaca secara diam ( silent reading ); memahami banyak apa yang dibaca.


   Kanak-kanak 6 tahun yang mahir membaca di Tadika Didik Literasi.  
   Dapat sahaja hadiah buku cerita, kanak-kanak yang mahir membaca terus membaca dengan diam  tanpa bimbingan. 


Apabila kita, ibu bapa dan guru literasi memahami tahap bacaan kanak-kanak, maka kita tidak akan meletakkan ekspetasi yang luar biasa ketika mengajar mereka membaca. Kanak-kanak akan belajar membaca dengan tenang dalam suasana bebas stres. 
They will find learning to read enjoyable!
And WE too will find teaching reading easy and fun!

Wednesday, October 15, 2014

OK Ke Tidur Sekatil Dengan Baby

Tak OK kalau tidur sekali atas katil baby! Runtuh katil nanti!



Tapi BAGUS sekiranya ibu dan ayah tidur bersama baby di atas katil ibu ayah. Menurut kajian Barat terkini, otak bayi yang tidur sekatil bersama ibu ayah berkembang dengan lebih baik! Keenam-enam anak saya memang share katil semasa mereka bayi. Masa anak pertama dan kedua bersalin di Kanada dan US, share tilam. Hehe masa tu student. Mana la cukup duit nak bermewah beli katil. Beli tilam dan divan sahaja. Itu pun di Salvation Army. 

Kalau ada duit lebih, bolehlah invest beli king sized bed. Memang selesa sangat bila tidur dengan baby kecil dan juga Encik Ayah. Anak ke enam baru saya dapat merasa katil king. 



Amalan orang Melayu kita dari dulu lagi banyak ibu ayah tidur bersama bayi. Orang barat lebih suka mengasingkan bayi. Samada bayi mereka ditidurkan di dalam kot di bilik yang sama atau bilik berasingan. Sekarang kajian sudah membuktikan amalan orang Melayu ( juga amalan orang Asia yang lain ), tidur sekatil dengan bayi adalah lebih baik untuk perkembangan otak. Menurut Daily UK, http://www.dailymail.co.uk/health/article-2054393/Bad-news-dads-Babies-share-mothers-bed-age-good-hearts.html ), Baby sepatutnya tidur sekatil dengan ibunya sehingga umur 3 tahun kerana bagus untuk jantung baby. 'Bonding' ibu dan anak sangat sukar sekiranya bayi tidur berasingan. Kajian juga mengatakan bayi yang tidur berasingan mengalami masalah sahsiah ( behaviour ) apabila besar.

Saranan Dr Nils Bergman, daripada University of Cape Town, South Africa, tidurkan bayi baru lahir di atas dada ibunya untuk beberapa minggu pertama supaya perkembangan bayi optimal. 


Nak baby pintar? Amalkanlah tidur sekatil dengan baby. Peluk dan dakap baby. Baby yang berasa selamat dan disayangi tentu sekali otak dan fizikalnya membesar dengan baik. Begitu juga sahsiahnya.

PASTIKAN:
1. Tilam katil keras ( firm ).

2. Cadar tegang dan kemas. Jangan alas tilam dengan comforter/duvet yang boleh menyebabkan bayi lemas kerana duvet menutupi hidungnya.

3. Jangan letak bantal yang besar lagi empuk di sebelah baby.

4. Tidurkan baby terlentang ( on his/her back ). Ada juga yang mencadang baby tidur mengiring. Saya lebih suka mengiringkan anak supaya dia tidak mudah tertelan semula muak susu. Saya juga selalu menukar arah iringan baby sepanjang 3 bulan yang pertama supaya bentuk kepalanya cantik.

5. Baby tidur sebelah ibu. Ibu tidur sebelah ayah. Pastikan tepi katil selamat. Rapatkan ke dinding.
Do Not let baby sleep next to daddy.

6. Ibu tidur mengadap baby. Cuddle and snuggle to your baby. Sorry ye Encik Suami. Tell your husband it's not forever. He he paling singkat 3 tahun ya. 
Inilah masa BABY COMES FIRST. Please SPOIL your baby.

7. Bacakan doa-doa dan ayat Al Quran sebelum/ setelah bayi tidur. 

JANGAN tidur dengan bayi anda sekiranya anda
1. Over weight
2. Smoker
3. Tersangat letih
4. Makan ubat

Pilihan untuk ibu yang khuatir untuk tidur bersama bayi... Tapi saya lebih suka tidur bersentuhan kulit dengan bayi saya. The best bonding experience, EVER!