KENAPA?
Kerana Kaedah Fonik Gabung Bunyi mengajar hubungi kait di antara bunyi dan simbol.
Pelajar diajar bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan (fonem) boleh diwakili oleh huruf atau huruf-huruf (simbol).
Jom kita lihat perkembangan bahasa bayi.
Umur:
1 bulan - WAA nangis! Nangis lapar, nangis ngantuk, nangis tak selesa.
2 hingga 5 bulan - uuu, aaa, iiii bunyi-bunyi awal yang paling mudah dikeluarkan oleh baby ( bunyi vokal ).
Sebab itulah dalam Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar membaca perkataan yang ada bunyi /a/, /i/, /u/ dahulu. Ini yang dikatakan FITRAH.
Bayi berumur 2 himgga 3 bulan juga mengeluarkan bunyi k, g, l, h ( bunyi konsonan ) seperti bunyi bbb, ddd, ppp dan mmm. Inilah peringkat 'cooing', 'babbling' dan 'gurgling'.
6 hingga 12 bulan - baby mula meluahkan bunyi suku kata, mamama, papapa, dadada, gugu, gaga.
Sebab itulah di dalam Bacalah Anakku, bunyi-bunyi /n, b, m, k / adalah di antara bunyi awal yang diperkenalkan. Seterusnya kanak-kanak dilatih menggabung bunyi suku kata terbuka dahulu.
Ini yang dikatakan FITRAH.
Menjangkau umur 12 bulan, bayi mula menyebut perkataan mudah seperti mama, papa dan baba.
Di akhir 18 bulan, mereka boleh menyebut lebih kurang10 perkataan dan mereka memahami perkataan tersebut.
Di akhir 24 bulan, mereka boleh menyebut frasa seperti 'nak bola'.
Sebab itulah anak seawal 3 tahun mampu diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi BACALAH ANAKKU.
2 comments:
assalamualaikum, kaknoor singgah jenjalana dan follow best jugak kalau dpt ajar cucu kaknoor membaca cepat..
Wslm All the best kaknoor. InsyaAllah cucu kaknoor cepat membaca especially kalau kaknoor Masukkan elemen bermain.
Post a Comment