Monday, January 5, 2015

Pssst .... Saya ada RAHSIA (2)

SAMBUNGAN:
Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.

Sesetengah kanak-kanak kecil perlu banyak latihan dan pengulangan untuk pandai membaca.
Latihan yang penting adalah LATIHAN GABUNG BUNYI.

Kita melatih kanak-kanak menggabung bunyi supaya mereka faham bahawa perkataan terbina daripada bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan. Perkataan yang diucapkan TIDAK terbina daripada NAMA HURUF abc ( ei, bi, si ).

Oleh kerana kita mengajar kanak-kanak, maka latihan dan pengulangan mestilah MENYERONOKKAN.
Jom latih mereka menggabung bunyi sambil memandu kereta.

Bahan-bahan:
Kereta mainan
Kad-kad huruf ( saya menggunakan kad-kad Bacalah Anakku )
Trek kereta lumba / jalan raya / karpet seperti di dalam gambar.


1. Atur kad seperti mana di dalam gambar.

2. Modelkan kepada kanak-kanak bagaimana menggabung bunyi sambil memandu.
/b/ ... /i/,    / bi /
/n/ ... /a/,   / na /

3. Galakkan kanak-kanak melakukan sebagaimana ditunjukkan.

4. Teruskan bermain dengan mengganti kad-kad kad bunyi/huruf dengan kad-kad yang berbeza.
Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan tetapi sangat berkesan untuk melatih gabungan bunyi kerana pendekatan 'hands-on'.




 



No comments: