Monday, November 28, 2011

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 4)

Pelajar Tak Tahu Menulis
Kaedah apa sekali pun, tentu sekali pelajar tak tau menulis kalau cikgu tak ajar menulis. Saya sentiasa bagitau cikgu dan ibubapa untuk ajar anak menulis pada setiap tahap pembelajaran. Bahkan mengajar menulis akan membantu anak membaca dengan lebih baik. Saya selalu cadangkan ibubapa & guru supaya mengakhiri pembelajaran dengan aktiviti penulisan. Untuk kanak-kanak 3-4 tahun, di antara aktiviti penulisan yang sesuai adalah menekap menggunakan krayon besar & finger painting. Kanak-kanak 5 tahun ke atas boleh menyalin dan menulis(imlak/dictation).

Cadangan Saya:
1. Ajar satu bunyi, tekap/salin/tulis satu bunyi.
2. Ajar gabungbunyi sukukata, tekap/salin/tulis sukukata.
3. Ajar baca perkataan, tekap/salin/tulis perkataan.

Daripada pengalaman lebih 20 tahun mengajar kanak-kanak membaca menggunakan Kaedah Fonik, saya dapati mereka bukan saja hebat membaca tetapi juga mengeja & menulis. Mereka tidak pernah keliru sebagaimana kanak-kanak yang biasa mengeja kerana tidak diajar nama huruf. Bahkan ada kanak-kanak fonik yang dapat menulis tanpa diajar kerana mereka cukup faham hubungkait di antara bunyi & simbol/huruf.

Walaubagaimana pun, di peringkat tadika, banyak kanak-kanak belum cukup mantap menulis. Apabila mereka melangkah ke Tahun 1, kanak-kanak fonik menjadi keliru/tidak faham sekira guru mengajar membaca & menulis menggunakan Kaedah Mengeja/ Sukukata. Sebab itulah banyak guru sekolah rendah mudah melabel kanak-kanak fonik tidak tahu menulis. Guru boleh membantu secara bertahap dengan mengunakan istilah 'tulis bunyi /m/(mm)...'; 'tulis mi..'; 'tulis minum..'. Saya yakin semua guru sekolah rendah Kementerian adalah guru terlatih dan pernah diajar mengenai 'fonologi' semasa di Maktab/Institusi Perguruan/universiti. So tidak wajar sekiranya mereka tidak dapat membantu kanak-kanak fonik.

2 comments:

Ummi OmarAmeer said...

nice sharing , mom..feel free to exchange link..

cepatmembaca said...

tq dear.