Risaukan kalau anak dah berumur 3 tahun tapi tak 'pandai' bercakap? Macamana nak ajar membaca kalau bercakap pun slow.
Apa kita boleh buat ye?
DON'T PANIC, kita cek dulu. Kekadang kita parents kata anak tak pandai bercakap sedangkan perkembangan bahasanya actually quite normal. But it's good to worry because kalau ada masalah kita boleh lakukan
intervensi awal.
Selalunya kanak-kanak akan mula bercakap dengan banyak apabila menjangkau 2 tahun. 0 - 18 bulan merupakan tahap 'menerima bahasa' (receptive language). Bermula 18 bulan anak akan 'meluahkan' bahasa (expressive language).
Jom kita cek batu penanda(milestones) perkembangan bahasa.
1.
Kosa kata(vocabulary) kanak-kanak 2 tahun lebih kurang
50 - 100 perkataan. Apabila menjangkau
3 tahun, kosa kata mereka seolah-olah 'meletup'. Your child's vocabulary will inrease a lot; to too many to count.
2. Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh
menamakan benda-benda yang biasa dilihat dan menamakan gambar-gambar objek. Mereka boleh juga
menamakan anggota badan. Mereka mula
mengenali warna-warna asas. Mereka
menggunakan ayat pendek ( 2-3 perkataan) untuk komunikasi.
3. Kanak-kanak 2 - 3 tahun
bertutur menggunakan
ayat pendek (2 - 4perkataan dalam 1 ayat).
4. Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh
memahami arahan mudah. They should be able to follow two-step commands; "Tolong ambilkan buku dan bagi mama."
Sekiranya kita dapati anak kita tidak dapat memahami arahan mudah, elok juga kita bawanya berjumpa doktor. Mintak doktor cek telinga. Takut-takut ada hearing problem ataupun ada ear infection.
5. Cek juga sekiranya anak kita bercakap dengan
nada suara yang 'pelik' seperti serak, sengau atau kecil/halus. Kekadang kita parents tak perasaan anak ada masalah lidah pendek atau ada kecacatan di lelangit mulut( oral impairments). Teringat kisah anak doktor pakar kanak-kanak semasa belajar di tadika kami, gurunya notis dia ada problem sebut some sounds bila belajar membaca. So the teacher told the parents(both are doctors). To cut the story short they found out he had a short frenulum(lidah pendek). Masalah lidah pendek ini membatas pergerakan lidah. Alhamdulillah, after surgery he no longer had speech problems.
6. Cek
persekitaran. Siapakah yang bersama anak kita most of the time daripada umur anak 0-3 tahun. Sekiranya penjaga anak kita(termasuk juga parents) tak banyak bercakap, maka tak peliklah anak lambat bercakap. Ada juga kemungkinan penjaga terlampau garang. Jadi perkembangan bahasa dan juga emosi anak akan terganggu. Ada juga parents atau penjaga yang suka tolong cakap bagi pihak kanak-kanak! Tak bagi peluang langsung anak nak meluahkan kehendak.
So if hantar kat orang jaga anak, buatlah spot check.
Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai lambat bercakap(speech delay):
1.
Boys: Perkembangan bahasa boys lebih lambat daripada girls. Ada kajian yang mengatakan pada umur 16 bulan, boys menggunakan lebih kurang 30 perkataan manakala girls 50 perkataan.
2.
Preemies: Bayi yang lahir tak cukup bulan agak lambat sikit bukan saja dalam perkembangan bahasa tetapi perkembangan lain juga.
3.
Kembar: Menurut Speech Pathologists, 50% daripada kanak-kanak kembar mengalami speech delay.
4.
Sakit telinga: Kanak-kanak yang seringkali mengalami jangkitan telinga semasa kecil (0-12 bulan), mungkin lambat bercakap kerana proses penerimaan bahasa, pada tahun pertama, terganggu.
5.
Faktor keturunan: Sekiranya ada mak ayah atau datuk nenek(atau close family member) yang lambat bercakap, then possibility besar, anak akan lambat bercakap juga.
6.
Dwi-Bahasa: Kanak-kanak yang membesar dengan 2 bahasa juga berkemungkinan lambat bercakap.
However by 5 years old the child is proficient in both languages.
Kesimpulannya: Perkembangan pertuturan dan bahasa sebenarnya dipengaruhi
NATURE dan
NURTURE. If there are no medical issues, late talkers akan catch up dengan sendiri by 2 - 2 1/2 tahun. Menjangkau 4 tahun, bahasa anak anda sepatutnya boleh difahami oleh semua orang. Sekiranya by 4years masih slow bercakap, it's good kalau parents buat temujanji dengan doktor. Early intervention can provide the help a child needs.