Baik ibu bapa mau pun guru, semua akan stres bila anak tak duduk diam.... sepanjang masa. Kalau kita cikgu, susahnya nak mengajar bila murid-murid macam ni. Tak capailah objektif pengajaran hari tu! Mak ayah pulak... malunya anak melompat-lompat atas sofa dan berlari-lari bila dibawa berjalan ke rumah kawan!
Sering kali juga kita dengar ibu bapa berkata:
"Jangan disekat perkembangan anak. Biar aje, dia tengok explore, tengah belajar."
"Budak cerdik memang gitu, tak boleh duk diam."
Memang betul. Tapi kalau sepanjang masa tak boleh duduk diam, memang susahlah nak belajar, especially belajar membaca. Di peringkat tadika sekali pun, kanak-kanak perlu belajar diam for at least 3 - 5 minutes. Apabila masuk sekolah rendah pula, mereka harus belajar diam untuk jangka masa yang lebih lama.
Apa nak buat ye?
Kita boleh latih mereka untuk belajar duduk diam.
LATIHAN UNTUK DUDUK DIAM:
1. Minta anak baring dan duduk diam(not moving at all) sambil anda bilang sampai 10( bilang s l o w l y ).
2. Apabila anak bergerak, beritahu dia dapat duduk diam sampai bilangan berapa. Kemudian galakkan dia untuk cuba lagi untuk dapatkan bilangan yang lebih tinggi.
3. Lebih menyeronokkan sekiranya ibu atau bapa bergilir melakukan aktiviti ini dengan anak. Beri peluang anak melihat orang lain duduk diam.
4. Anda juga boleh tukar aktiviti daripada baring kepada duduk atau buat funny pose.
Aktiviti-aktiviti ini akan membantu perkembangan kawalan-kendiri(self-control) anak anda.
Teaching a child to be still will take TIME, CONSISTENCY and SERIOUSNESS.
2 comments:
assalamualaikum...
boleh saya dapatkan emel puan..
Emel saya nikeliani83@yahoo.com.my
Post a Comment