Selalunya bila anak gagap kita ibubapa risaukan. Ada juga orang kata "Relaks je la... benda biasa budak kecik gagap. Nanti besar sikit, ok la tu." Most probably they are right. But there are times this advice is unfortunate.
Saya sendiri have no direct experience anak gagap. All my six, lambat lancar bercakap tapi tak gagap. So apa yang saya nak share adalah sekadar daripada pembacaan & pengalaman di taska dan tadika saya.
Ibubapa, pengasuh dan guru tadika perlu jelas beberapa perkara sebelum kita melabel anak kat gagap.
1. Masalah gagap boleh jadi anak mengulang:
a. bunyi(single speech sounds) - mmm...mata
b. Sukukata(syllables) - mamama... Mata
c. Perkataan pendek - nak...nak...nak.... susu
2. Gagap secara umum mungkin disebabkan oleh:
a. Faktor keturunan. Ada family member terdekat yang gagap.
b. Suasana stress - dapat adik, baru start sekolah, pengasuh/guru garang.
c. Lelaki - lebih banyak boys gagap berbanding kan dengan girls.
2. Perbezaan 'ketidaklancaran pertuturan'(speech dysfluency) yang normal dengan 'gagap sebenar'(real stuttering').
Ketidaklancaran pertuturan adalah normal bagi kanak-kanak 30 bulan sehingga 5 tahun kerana otak tengah 'searching' the right word , mulut ter'jam'. Selalunya ia tidak berpanjangan. Sekiranya gagap berlarutan melebihi 6 bulan, ibu bapa perlu mendapat khidmat nasihat untuk intervensi awal. Ataupun sekira anak mengulang bunyi/sukukata sebanyak 4 kali atau lebih. Sebagai contoh, bbbb...baju atau babababa....baju. Lebih-lebih lagi masa anak gagap, facial expression berubah sakan! This Is considered real stuttering. Use your parental instinct to decide whether your kid is suffering from real stuttering and needs expert advice.
No comments:
Post a Comment