Friday, January 16, 2015

Jangan Pandang Main Doh Remeh


Wahai ibu bapa dan guru-guru, jadikanlah main doh aktiviti WAJIB sekiranya anda sedang mengajar anak kecil membaca.  Lebih-lebih lagi sekira anak anda cepat lupa atau mempunyai masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
 
Menurut kajian saintis barat, membentuk huruf dan/atau perkataan dengan 'clay' ( doh / plastisin ) membantu pendawaian saraf-saraf otak kanan yang sangat penting untuk anak disleksia.

Sesetengah anak memerlukan TEMPLATE untuk membantu mereka membentuk huruf atau perkataan.

Saya menggunakan papan putih kecil sebagai template. Mudah, murah dan tidak membazir kertas sekiranya mengajar anak sendiri.
Anda juga boleh menggunakan pinggan plastik, alas pinggan plastik ( place mats ). Di taska dan tadika guru-guru boleh menyediakan template menggunakan kertas tebal yang di laminate. 

Langkah pengajaran:
1. Sediakan template huruf / perkataan.
2. Beritahu anak, "Mama nak buat /a/ ". ( Sebut bunyi bukan nama huruf )
Tunjukkan dan ceritakan kepada anak cara huruf dibentuk. 
" Mula-mula mama gentel doh macam ular. Kemudian mama buat bentuk melengkung dulu.
Kemudian mama gentel lagi doh macam ular. Sekarang mama letak ya menegak begini.
Kak Long, inilah /a/. Bunyi apa ni Kak long?" 


Sila rujuk Carta Bunyi Bacalah Anakku / Readeasy Sound Chart untuk memastikan cara huruf ditulis dengan betul.

3. Galakkan anak untuk membentuk 'a' dengan sendiri. " Sekarang Cuba Kak Long pula buat /a/."
Beri template jika perlu.
4. Tanya anak, "Kak Long buat apa tu?"
Sekira jawapannya /a/, beri pelukan.

Bagi anak yang cepat lupa dan disleksia, aktiviti sebegini perlu dibuat untuk perkataan. Ya betul memakan masa. Tetapi aktiviti hands-on ( multi sensori ) sebegini lebih bermakna untuk mereka. 


Sambil membentuk huruf, galakkan anak menyebut setiap bunyi di dalam perkataan, / a - n -i /, /ani /. 

Selamat mencuba!

2 comments:

CEO Mak said...

Menarik. Boleh cuba ni.. ��

Jemput singgah ke blog saya.. PROTEIN BAIK UNTUK MEMULAKAN PAGI

Fazidawani said...

idea yang bernas..salam perkenalan. www.ddiamondvitshop.blogspot.com