Baru-baru ini saya ditanya lagi bagaimanakah cara untuk membantu anak disleksia membaca. Ini jawapan tambahan.
Masih ada BANYAK HARAPAN untuk anak disleksia menguasai kemahiran membaca.
Kita hanya perlu tahu caranya.
Dr Sally Shaywitz bersama pasukan Yale Center of Dyslexia and Creativity mendapati kemampuan membaca otak anak disleksik mampu diubah melalui intervensi. Apakah intervensi itu? Ia mestilah program bacaan yang bertahap dan sistematik.
( structured and systematic ).
Program bacaan yang bertahap dan sistematik akan mampu melakukan pendawaian semula otak anak disleksia untuk membaca dengan lebih baik. Wow hebatkan! Inilah yang dikatakan BRAIN PLASTICITY ( keanjalan otak ). Lagi hebat, BRAIN PLASTICITY tiada had umur. Walau bagaimanapun, intervensi awal adalah lebih berkesan.
Tahukah anda Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics adalah program bacaan yang bertahap dan sistematik?
Saya dan suami, Tn Hj Othman Ahamad, selaku penulis kedua siri bacaan ini telah berkongsi teknik pengajaran yang terperinci dengan ribuan guru dan ibu bapa melalui kursus-kursus kami.
Langkah-langkah pengajaran yang terperinci dan sistematik akan memudahkan sesiapa sahaja samada kanak-kanak atau pun orang dewasa menguasai kemahiran membaca dan menulis. Itulah yang telah kami lakukan sepanjang 19 tahun ini - Perfecting the teaching techniques.
Teknik mengajar inilah yang kami kongsi secara praktikal di dalam kursus Intensif kami.
Lihat Panduan Asas Mengajar di sini
http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/01/panduan-asas-mengajar-membaca.html
Jom sertai kursus kami hari ni juga. Come experience a new level of teaching reading with us.
Dijamin 99.9% tak mengantuk!
No comments:
Post a Comment