Friday, January 2, 2015

Psssst.... Saya Ada RAHSIA ( 1 )

Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.
Bukan dengan mengeja-ngeja atau menghafal beratus pola suku kata.
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/03/aduyai-banyaknya-kena-hafal.html)

Di dalam jangka masa anak sedang belajar membaca, guru dan ibu bapa seharusnya sentiasa mencari PELUANG melatih anak untuk menggabung bunyi.

AKTIVITI CADANGAN:
1. Aktiviti Gabung Bunyi Lisan ( Oral Blending )
Guru (G) menyebut bunyi-bunyi, pelajar(P) menggabung bunyi menjadi suku kata atau perkataan.
Contoh:
Bahasa Melayu
G: /b ... a/,             P: / ba /
G: /s ... a/,             P: / sa /
G: /i... b ... u/,        P: / ibu /

Bahasa Inggeris
G: /h... a ... t/,                 P: / hat /
G: /c... a ... m ... p /,       P: / camp /
G: /s... t ... o ... p /,        P: / stop /

2. Aktiviti Gabung Bunyi Cawan Polisterin 

Bahan: 
1. Cawan polisterin secukupnya.
2. Pen Sharpie/Artline mata halus.
Merah untuk huruf vokal. Hitam untuk huruf konsonan.
(Pssst saya tak jumpa sharpie hitam.)
3. Set Bacalah Anakku dan /atau Readeasy sebagai rujukan.

Untuk gabung bunyi pantas buku 1 - 5, tulis huruf-huruf a ,i, u sahaja menggunakan pen merah.

Seterusnya tulis huruf-huruf n, b, m, s, k, t, c, y, p ( Bunyi-bunyi huruf sehingga buku 4. Bunyi selebihnya sila tulis di cawan lain. Tak muat.)

 
Susun cawan-cawan seperti di dalam gambar di atas.
Galak pelajar menggabung bunyi sambil memusing-musing cawan.

Untuk gabung bunyi pantas buku 6, tulis huruf-huruf n, k, m dan r untuk akhiran, di atas sebiji lagi cawan.

Kemudian susun cawan-cawan sebagaimana di dalam gambar di bawah.
Galak pelajar menggabung bunyi sambil memusing-musing cawan.

Aktiviti di atas boleh dikembangkan untuk buku-buku 7 dan 8 dan juga untuk Readeasy Phonics.
Selamat mencuba!

PERHATIAN:
Alat bantu ini hanya sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas kerana saiz huruf yang ditulis kecil.
Untuk kanak-kanak kecil,  Kad Tarik adalah lebih sesuai.
Nanti saya cerita pasal Kad Tarik ya!

Jangan lupa letak cawan-cawan gabung bunyi ini di segenap penjuru rumah atau kelas.
Boleh juga dibawa berjalan-jalan.

3 comments:

siti saniah said...

Assalamualaikum
terima kasih atas perkongsiaan ini..;-)

Unknown said...

My pleasure Cik Pn Siti Saniah.

Anggerik Kecil said...

saya cuba kaedah ini ya. terima kasih banyak :)