Anak-anak yang membesar dengan memanjat dan bergayut dengan monkey bar mudah menulis kerana:
1. Mempunyai bahagian atas badan (upper body) yang KUAT.
Mereka berdiri dan duduk tegak dengan baik. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.
2. Otot-otot BAHU dan LENGAN juga kuat.
Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.
3. PERGELANGAN TANGAN dan JARI JEMARI mereka juga kuat.
Mereka mudah mengerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis untuk mereka.
Jom bawa anak ke taman permainan. Galakkan mereka bermain monkey bar. Kalau tak sempat boleh juga guna pintu gril rumah untuk anak memanjat dan bergayut. Pastikan anda bersama anak sepanjang masa ye.
No comments:
Post a Comment