Friday, October 11, 2013

Suka-Suka Fonik #6 / Fun Phonics #6

Let's Go Shopping
Hujung minggu ini tentu ada ibu bapa yang akan bawa anak shopping keperluan rumah. Untuk anak-anak yang baru pandai membaca, jadikan menulis senarai shopping sebagai aktiviti yang menarik.
Sekiranya ibu bapa tak bercadang untuk membawa anak-anak bersama, kita masih boleh main-main nak pergi shopping dengan anak-anak. 


Shopping list daripada Spoonful.com. Anda boleh download di  http://spoonful.com/printables/printable-shopping-list

Bahan: kertas atau pad nota, pen pelbagai warna
Langkah aktiviti:
1.  Bawa anak ke ruang dapur. Semak stok barangan dapur bersama anak anda. Anak-anak cukup gembira bila mak bagi peluang menyelongkar dapur!

2. Galakkan anak anda menulis senarai barang yang perlu dibeli. Bantu anak mengeja perkataan dengan betul. Aktiviti ini sangat sesuai untuk  anak-anak yang sedang belajar 'convert' bunyi kepada nama huruf. Beri peluang anak mengeja sebelum / sambil menulis. Bantu anak mengeja secara santai. Adalah normal untuk anak-anak fonik  mengeja menyebut bunyi dan juga nama huruf bercampur-campur pada peringkat transisi ini.

Sekiranya anak anda masih belum dilatih untuk convert bunyi, biarkan dia mengeja dengan menyebut bunyi sahaja.

3. Galakkan anak anda membaca kuat senarai barangan yang telah ditulis. 
Jangan lupa puji, peluk cium anak kerana usahanya yang gigih menulis tadi. 

4. Sementara tunggu untuk keluar shopping, anak anda boleh melekatkan senarai tadi di pintu peti ais.

Jangan lupa bawa senarai shopping nanti! Happy shopping everybody!

No comments: