Friday, October 11, 2013

Macamana Saya Pandai Speaking (3)

Saya masih ingat sehingga sekarang, semasa saya di Tingkatan 4 (1979), saya suka membelek-belek dan membaca dictionary.

 Dulu-dulu mana ada gadgets. Program tv pun tak banyak yang menarik  (Hawaii Five O aje yang best!). Maka jadilah kamus BFF saya ( kebetulan saya anak kedua daripada dua adik-beradik. And the only girl in the family). Di rumah saya ada beberapa buah kamus bahasa Inggeris. My favourite was The Oxford Dictionary. Pada suatu hari, saya terjumpa page ini:

(Please excuse the spots. Memang dictionary ni very well-used. Rasa bukan sebab kena kicap.)

Saya belajar sendiri ( masa ni Form 4) macamana nak guna panduan tersebut. Rasa syok sangat bila berjaya 'crack the code'. Menjadi hobi saya berlatih menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan betul. Arwah ayahanda, Dato' Hj Nik Nawi Salleh, merupakan tempat rujukan saya. Di antara soalan yang dia pernah tanya saya adalah " How do your pronounce  the word 'flour'?"
Tahukah anda?

Saya kira inilah pengalaman pertama saya dengan FONIK. Patutlah sekarang saya bercinta habis dengan fonik! Tak hairanlah saya mula 'sensitif' dengan English pronunciation.... sehingga ke hari ini.

Apa yang best bila pronunciation kita bagus, orang enjoy dengar kita read out loud.  Kitakan nak baca buku cerita out loud kat anak kita atau anak murid tadika kita. Apabila kita speaking pula, bunyi BEST sangat. Orang lain tak puas dengar kita speaking.

KESIMPULAN:
Ilmu fonik (speech sounds) dalam bahasa Inggeris akan membantu kita membaca dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeirs dengan baik.

Kalau berminat untuk mengikut kursus saya boleh hubungi Readnetwork 03-41435440 atau lawati www.readnetwork.com untuk info kursus terkini.


No comments: