Tuesday, October 8, 2013

Macamana Saya Pandai Speaking (2)

1. Saya membaca BANYAK buku cerita bahasa Inggeris daripada kecil. Seingat saya bermula daripada Darjah 2 lagi. 

The Secret Seven, the Famous Five, The Five Find Outers adalah siri buku kegemaran saya semasa Darjah 2 dan 3. Apabila besar sikit saya mula suka siri Nancy Drews. Bila saya besar banyak,  ok la saya baca Mills & Boon. Tapi saya masih ulang membaca buku-buku cerita yang saya baca semasa sekolah rendah. Hehe masa form 5 masih suka baca The Five Find Outers (suka Fatty dan Mr Goon).
 
Saya masih simpan beberapa buah buku.

2. Saya bercakap SEDIKIT bahasa Inggeris di rumah. Maklumlah orang Kelantan, bahasa pertama di rumah adalah bahasa kelate. Bahasa Inggeris saya guna setiap hari tapi tak macam budak-budak Melayu KL sekarang yang cakap English melebihi Mat Salleh! Saya masih ingat semasa sekolah rendah, geng saya 1Malaysia dan kami banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

3. Saya pernah masuk tuisyen bahasa Inggeris yang gurunya daripada England untuk lebih kurang hampir setahun.

KESIMPULANNYA: Saya mendapat asas bahasa Inggeris yang baik melalui pembacaan yang banyak dan berterusan.  Saya juga menggunakan bahasa Inggeris untuk komunikasi. Saya juga berpeluang berguru dengan 'native speaker' ( guru dari England tu). Saya mudah menjawab exam questions bahasa Inggeris kerana saya banyak membaca. Saya sebenarnya tak faham apa itu adverb dan adjective semasa bersekolah.  Saya tak minat belajar grammar bahasa Inggeris pun masa sekolah dulu. Cikgu English masa zaman tu pulak asyik duk ajar English grammar aje! 
Hanya setelah saya menjadi guru sekolah menengah barulah saya faham benda-benda grammar ni.

Jadi saya cadang sekiranya kita nak anak kita pandai berbahasa Inggeris pastikan dia banyak membaca buku-buku bahasa Inggeris. Set target anak pandai membaca bahasa Inggeris selewat-lewat 6 tahun. Beri juga peluang mereka mendengar bahasa Inggeris yang baik ( NOT Manglish ye).

( Bersambung )





No comments: