Maka kita ibu bapa MESTI menyuntik elemen FUN dalam hidup anak kita untuk memastikan anak kita terus berminat untuk belajar. Ibu bapa seharusnya memastikan masa LUAR sekolah anak kita bermanfaat ( educational ) dan penuh keseronokan. Kita mesti membantu mengayakan pembelajaran di luar sekolah mereka.
Menurut Mike Ashcroft, " We know that through ENRICHMENT, the brain will develop a thicker cortex, more dendritic branching, more growth spines, larger cell bodies, more support cells, more blood supply, more neural networks and more intricate connections between neurons".
Ibu bapa boleh MERANCANG aktiviti-aktiviti bercorak akademik yang MENYERONOKKAN.
Bagaimana?
1. Pilih tema. Galakkan anak kita memilih tema sendiri atau bantu anak dengan bersembang dengan anak mengenai minatnya. Kekadang lukisan-lukisan anak kita akan menggambarkan minatnya. Anda juga boleh memberi anak-anak beberapa aktiviti yang berlainan tema dan perhatikan di mana kecenderungan mereka.
2. Setelah tema dipilih, fikirkan pelbagai cara / vehicles untuk memberi ilmu kepada anak anda.
- adab budaya
- kulinari,
- khidmat masyarakat
- pekerjaan
- muzik dan tarian
- sukan
- pendidikan
3. Pilih sekurang-kurang 3 daripada cara di atas untuk anak anda melaksanakan projek enrichmentnya.
4. Pastikan dalam pelaksanaan projek, aspek keagamaan, kemahiran motor, matematik, sains, bacaan, penulisan, main peranan, muzik dan seni kraf di gabung jalin.
Sebagai contoh:
Tema pilihan - Kasih sayang
Cara - khidmat masyarakat, kulinari, adab budaya
Aktiviti: 1. Melakukan khidmat sukarela di Rumah Orang Tua.
Pelaksanaan:
1. Mendapat ayat-ayat Al Quran mengenai berbuat baik kepada ibu bapa / orang tua (agama). Buat poster (menulis). Pembentangan poster (membaca).
2. Menyediakan makanan untuk di bawa ke Rumah Orang Tua ( kulinari dan kemahiran motor). Menyalin resepi dan menyediakan menu (menulis, membaca, matematik (bilangan, urutan).
3. Melawat ke Rumah Orang Tua (ROT). Menyediakan hidangan , melayan, memberi makan, menyuap penghuni ROT ( adab, khidmat).
4. Membuat refleksi bersama kawan, ibu bapa setelah selesai lawatan. Mencatat pengalaman di dalam diari, jurnal atau blog.
Let's ENRICH your child's LEARNING by making it FUN and MENAINGFUL.
No comments:
Post a Comment