MEMORY MATCH
Bahan: kad objek / huruf / suku kata / perkataan berpasangan.
Perhatian: Sediakan 2 pasang dahulu untuk anak yang berusia 3 tahun. Kemudian tambah kad apabila anak sudah memahami cara bermain. Untuk kanak-kanak yang lebih matang mulakan dengan 3 pasang.
Ice creammatch daripada www.curbly.com
Cara bermain:
Perhatian: Sediakan 2 pasang dahulu untuk anak yang berusia 3 tahun. Kemudian tambah kad apabila anak sudah memahami cara bermain. Untuk kanak-kanak yang lebih matang mulakan dengan 3 pasang.
Ice creammatch daripada www.curbly.com
Cara bermain:
1. Susun kad di atas meja secara rawak.
2. Galak anak membuka 2 kad satu persatu untuk mencari pasangan yang sama.
3. Sekira sama, beri pasangan kad yang sama kepada anak anda dan benarkan dia membuka 2 lagi kad.
4. Sekiranya salah, tutup semula kad-kad itu pada tempat yang asal.
5. Ulangi langkah dengan pemain lain.
6. Pemenang adalah yang mendapat paling banyak pasangan kad.
Permainan di atas akan membantu kanak-kanak membina ingatan visual ( visual memory ) mereka. Ingatan visual yang bagus akan membantu kanak-kanak mengingat bentuk dan rupa huruf / simbol dengan lebih baik. Justeru itu memudahkan mereka mempelajari membaca. Ingatan visual yang bagus juga akan membantunya mengingat hubungan bunyi - simbol dengan lebih mudah apabila mengeja dan menulis.
No comments:
Post a Comment