Jom kita bantu tingkatkan daya ingatan anak kita.
Memory Game Objek
1. Pilih beberapa objek seperti kunci, jam, sudu, garfu. Letakkan di atas dulang satu persatu sambil menggalakkan anak menamakan objek-objek tersebut.
2. Tutup semua objek dengan sehelai kain. Sembunyikan salah satu objek.
3.Bukakan kain dan tanya anak anda objek apa yang hilang.
Variasi permainan: Setelah menyusun objek, beri kanak-kanak peluang melihat objek- objek tadi beberapa saat. Tutup objek dengan kain. Alihkan kedudukan objek-objek. Buka kain dan minta kanak-kanak menyusun semula objek tadi sebagaimana dia lihat.
Memory Game untuk membaca ( Visual Sequential Memory)
Variasi permainan:
1. Gantikan objek dengan kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, huruf-huruf plastik.
2. Susun objek atau kad huruf / suku kata / perkataan di dalam barisan.
3. Beri peluang anak meneliti susunan selama beberapa saat .
4. Ubah kedudukan semua objek / kad . Minta anak menyusun semula sepertimana anda telah susun.
Perhatian:
Mulakan dengan 3 objek / perkara dahulu. Kemudian tambah.
Kebanyakan kanak-kanak 5 tahun boleh mengingat sehingga 5 objek / perkara, kanak-kanak 6 tahun , 6 objek / perkara.
No comments:
Post a Comment