MEMORY GAME DRESSING UP
Objektif: Meningkatkan daya ingatan kanak-kanak.
Bahan: Pelbagai aksesori pakaian, cermin mata hitam, topi, skaf, rantai leher.
Cara bermain:
Bahan: Pelbagai aksesori pakaian, cermin mata hitam, topi, skaf, rantai leher.
Cara bermain:
1. Ibu bapa / pengasuh / guru memakai aksesori badut atau pakaian tambahan seperti topi, cermin mata, skaf di leher, rantai manik.
2. Galakkan anak menamakan aksesori-aksesori tambahan tersebut.
3. Minta anak pusing ke belakang dan anda membuang salah satu aksesori.
4. Minta anak pusing kembali dan tanyalah dia "Apa yang hilang?"
Ulang permainan.
Variasi permainan: tampalkan beberapa kad / huruf / suku kata / perkataan di muka dan bahagian badan.
Anak mesti suka melihat anda berpakaian lucu atau muka/ badan dipenuhi kad!
Permainan akan lebih bermakna.
Beri juga peluang anak menguji memori kita. Tukar peranan, anak pula yang 'dress-up'. This activity is for everybody!
No comments:
Post a Comment