Tuesday, November 12, 2013

Bengkel Fonetik Brunei DS 6 - 9 November 2013

Saya dan suami, Tn Hj Othman ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Nik Kamarazaman, Perunding kami di Brunei dan Tn Imran, Pengarah ISMS Sdn Bhd kerana gigih menguruskan Bengkel Fonetik di Brunei DS. Alhamdulillah bengkel yang berlangsung dari 6-9 November di bawah anjuran bersama DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI dan ISMS Sdn Bhd mendapat sambutan yang hebat. Kami juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pusaka yang telah merasmikan dan menutup bengkel.

 

 Bengkel dihadiri oleh pustakawan DBP, sekolah-sekolah rendah dan guru-guru.

Para pegawai atasan DBP sebagai pemerhati.

Latihan praktikal menyentuh huruf berpasir dan membentuk huruf daripada plastisin.
 

Peserta juga membuat Mini Carta Poket untuk Latihan Lihat dan Buat, Dengar dan Buat ( Sila rujuk Permainan Kreatif).
 

Peserta aktif melibatkan diri. Kalau cikgu seronok mengajar, tentulah PELAJAR seronok BELAJAR. 
  
 

Lagi latihan praktikal: Mengajar bunyi-huruf, mengajar gabung bunyi suku kata, menyanyi lagu fonik.
 
 
 Kami juga berkongsi beberapa permainan bahasa Cuba Ingat, Pijak Huruf, Bina Perkataan dan Bingo. 

 

Permainan bahasa ini terdapat di dalam buku PERMAINAN KREATIF. 
   

Bengkel Fonetik di akhiri pada 9 November dengan penyampaian sijil oleh Puan Pengarah DBP Dayang Hajah Aminah Haji Momin.
 

Tn Hj Othman Ahamad penulis bersama Bacalah Anakku Readeasy bersama DJ Radio Kristal Brunei yang menemu ramah beliau.   

BENGKEL FONETIK BRUNEI DS dalam kenangan.

Terima kasih sekali lagi kepada DBP BRUNEI, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Sekolah- sekolah dan media massa.

Saturday, November 2, 2013

Ibu Bertanya, Cikgu Nik Menjawab

Salam kak nik, nak tanya mengenai bab menulis.. sekarang saya dah start ajar ir*** (4 tahun) menulis perkataan. so , mula2 apa perlu saya buat? sama ada ajar tulis ba ,ca, da, ta, ma,na,la dulu ka atau trus ajar dia perkataan spt baca , buku, mama... sebab bila nk menulis dia lambat sikit . dia tau ba adlah gabungan dari beh & aa.. tapi lmbat sikit, kena bunyi 2-3 kali baru dia tulis.. harap dapt membantu and share dlm blog ke.. 😊  tq
                                                                      
Cikgu Nik menjawab (secara ringkas dulu):       
In that case you go slow:
1. Posture duduk anak mesti betul. Meja kerusi mesti right height. Height kerusi mesti membolehkan dia duduk dengan kedua kaki flat atas lantai. Meja aras pusat, supaya sikunya terletak dengan selesa di atas meja.
2. Kedudukan kertas condong sedikit ke kiri sekiranya dia menulis dengan tangan kanan, atau ke kanan sekiranya dia kidal.
3. Pencil hold yang betul - sebaiknya tripod hold.

Aktiviti menulis:
1. Revise tulis 1 bunyi in a fun way. Pastikan anak menulis dengan letter formation yang betul. 
2. Tulis gabungan suku kata terbuka (buku 1-5) dulu, ba mi su dan seterusnya.

3. Kemudian terus tulis perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut seperti buku, nasi.
 
4. Kemudian tulis ayat pendek yang terbina daripada perkataan-perkataan tadi seperti 'sani suka susu'.

Kalau boleh galakkan ir*** melukis apa yang dia tulis (aktiviti otak kanan). Menulis - otak kiri.

Jangan lupa allocate masa untuk ir*** membaca lantang depan family apa dia dah tulis.
And of course pamer hasil penulisannya. Upload fb tag knik 😊

However, always bear in mind ir*** is only 4+, go slow on his writing, especially writing big words and sentences.  Lakukan lebih banyak mengeja ala  fonik secara lisan supaya menulis akan lebih mudah.

Kemudian ulang langkah 2-4 untuk suku kata tertutup (Buku 6,7), diagraf (Buku 8) sekiranya tidak membebankan Ir***. If not just do oral spelling.


All the best!

Jangan Salahkan Anak Yang Malas Belajar...

Jangan salahkan anak malas belajar kalau gula-gula, coklat, maggi, burger(komersil), nugget(komersil), air sirap, coke dan bagainya menjadi sajian harian anak kita!

Kita Ibu bapa mesti penting makanan yang di makan oleh anak-anak kita supaya otaknya boleh belajar sebaik mungkin. 

CADANGAN DIET OTAK: 
Mereka yang mengkaji otak percaya untuk otak berfungsi sebaik mungkin, sarapan mestilah kaya dengan protin. Protin menggalakkan pengeluaran 'tyrosine' yang membantu sel otak menghasilkan 'norepinephrine' dan 'dopamine'. Kedua-dua neurotransmitter ini membantu otak untuk peka dan cerdas. Elak sajikan nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, nasi dagang ketika sarapan ye. 

Pakar pengkaji otak juga mencadang protein dihidang untuk makan tengahari. Bukankah otak perlu cerdas sepanjang hari? Oleh itu 'norepinephrine' dan 'dopamine' perlu terus dihasilkan.
Orang Melayu kita tentu sekali akan menghidangkan nasi. Anak kita masih perlu karbohidrat tetapi pada kadar yg berpatutan. Hidangkan lebih banyak ikan dan daging. Daging ayam belanda(turkey) adalah sumber protein yang baik.

Banyak pelajar menjadi penat(kita ingat dia malas) dan ketidakharuan(cranky) kerana pemakanan yang tidak sihat atau pun kerana tidak cukup makan. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan makanan sihat yang lebih kerap. Jadikan kurma dan kismis, pisang, kekacang, lobak merah dan jambu sebagai snek kegemaran mereka. Biskut tawar dengan peanut butter atau sedikit keju juga snek yang bagus. JANGAN simpan gula-gula, biskut manis, ais krim, dan kerepek ajinomoto di rumah. Stokkan almari dapur anda dengan makanan yang baik.

Untuk makan malam pula (sebaiknya sebelum 7 petang ), hidangan ayam atau ikan bakar, nasi, ubi kentang, sayur dan buah boleh dijadikan sebagai menu pilihan kita untuk anak-anak.

YOUR CHILD IS WHAT HE EATS.

Friday, November 1, 2013

Anak anda keliru 'b' - 'd'? (3)

(Sambungan)

Tip 6: 
Dangdut 'b' & 'd'.
Sekiranya anak anda auditory learner(Geng Telinga), beri peluang dia menyebut bunyi 'b' dan 'd' berulang-ulang mengikut irama mudah.

Ini lirik  'b' mengikut irama 'Skip To My Lou. 

b b b b b b
b b b b b b
b b b b b b
b b b b b b b 

Ini lirik  'd' mengikut irama  'Lompat Si Katak Lompat'.

d d d d d d d
d d d d d d d
d d d d d d
d d d d d d d d

Atau apa saja irama kegemaran anak anda.

Tip 7: 
Mencari Harta Karun.
Berikan majalah atau akhbar lama kepada anak anda. Galakkan anak membulat 'b' 
dengan pen merah.

Kemudian galakkan dia membulatkan 'd' dengan pen biru.

Jangan lupa pesan kepada anak untuk menyebut bunyi /b/ dan /d/ ketika membulat huruf. Selamat mencuba!

Wednesday, October 30, 2013

Anak Anda Keliru 'b' - 'd'? (4)


(Sambungan)

Tip 8: 
Thumbs up!

Thumbs up menggunakan tangan kiri mewakili bunyi  /b/.
Thumbs up menggunakan tangan kanan mewakili bunyi  /d/.

Galakkan anak tekap (trace) bentuk huruf 'b' dan 'd' mengikut cara huruf itu ditulis. Sebut bunyi setiap kali selesai menekap.

 Mula dari atas ibu jari untuk menekap huruf 'b'.

 Mula dari hujung jari telunjuk untuk menekap huruf 'd'.




Anak Anda Keliru 'b' - 'd'? (2)

(Sambungan)

Tip 4:  
Huruf Magika.
Menulis huruf 'b' di atas angin dengan pergerakan lengan. Kemudian sebut bunyi /b/.
Begitu juga untuk huruf 'd'. 
Pastikan anak menggerakkan lengan mengikut arah sebagaimana huruf itu sepatutnya ditulis.
Aktiviti ini akan membina ingatan otot (muscle memory) anak anda.

Dapatkan Poster Carta Bunyi untuk merujuk cara huruf ditulis.



Tip 5:
Huruf Bergambar.
Sekiranya anak anda visual learner (Geng Mata), kaitkan bentuk huruf 'b' dan 'd' dengan bentuk objek yang bersesuaian.


Gambar siput di dalam huruf 'b' akan membantu anak mengingat 'b' dengan lebih baik. Sementara gambar bola dan bat baseball membantunya mengingat huruf 'd' dengan lebih mudah.

(Bersambung)

Monday, October 28, 2013

Anak anda keliru 'b' - 'd'?

Tips pelbagai deria (multi sensory) untuk membantu anak yang keliru di antara 'b' dan 'd':

TIP 1: menyentuh huruf-huruf berpasir 'b' dan 'd' sebagaimana huruf-huruf itu ditulis. Sebut bunyi.
Anda boleh menggunakan kertas pasir atau span periuk untuk membuat huruf. Tampalkan huruf pada kadbod keras. 

 

Langkah tambahan bagi kanak-kanak auditory ( yang cenderung menggunakan telinga untuk belajar):
Latih mereka 'mencerita' cara huruf tersebut ditulis ( sambil menyentuh huruf ).
Untuk huruf 'b', mula dari atas,turun ke bawah dan buat pusingan ke kanan, /b/.
Untuk huruf 'd', buat pusingan ke kiri, naik ke atas dan turun ke bawah, /d/. 

TIP 2: latih anak menyebut bunyi 'b' di hadapan cermin. 
Tutup mulut kemas-kemas membentuk garisan lurus. Galak anak menyentuh bibirnya dengan jari. Kemudian sebut bunyi.

Berhadapan dengan cermin, latih anak menyebut bunyi 'd'. Letak lidah di lelangit keras dengan mulut terbuka. Galak anak menyentuh bibir dengan jari (buat bulatan). Kemudian sebut bunyi.

TIP 3:  Latihan diskriminasi huruf.
Buat beberapa keping kad seperti contoh di bawah. Minta anak sebut bunyi secepat mungkin. Guru atau ibu catat masa dan kesilapan anak. Ulangi aktiviti setiap hari secara berkala.

KAD 1
Sebut bunyinya.
b b b b d d b d d d b
d b b d d d b d b b b
d d b d b b b d d b d
b b b d b d b b d d b                       Masa:                  Bilangan kesilapan:

Kad 2
Sebut bunyinya.
d d b b b d b d d b b
b b b d b d b b d d b
d b b d b b b d d b d
b b b b d d b d d d b                       Masa:                  Bilangan kesilapan:

Kesemua tips di atas sesuai untuk kanak-kanak disleksik juga.

( Bersambung )