Showing posts with label masalah menulis. Show all posts
Showing posts with label masalah menulis. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Kursus Asas BARE Kuantan, 14 Disember 2013

Di antara luahan dan soalanara peserta di awal sesi. Kursus Asas Bacalah Anakku dan Readeasy di Kuantan:


1. Saya setuju ajar membaca Bacalah Anakku terbaik, tetapi ajar menulis memang tak boleh. Budak fonik tak boleh menulis.

2. Ajar bunyi  a i u dalam Buku 1 memang senang, tapi penat saya ajar /n/, /a/, na, budak tak dapat-dapat. /b/ ok. Kenapa pilih /n/? Susah betul!
( He he pesertani memang terbaik. Meluahkan segala isi hatinya sebagai seorang guru. )

3. Saya ajar budak Bacalah Anakku. Saya ajar bunyi tapi kenapa saya rasa macam dia hafal semua dalam buku 1 dan 2? (:0)

4. Tak boleh ke kita ajar a (ei), /a/? 

Ulasan saya untuk luahan 1:
 Daripada pengalaman saya menggunakan kaedah fonik dengan anak-anak kecil, mereka menulis dengan lebih baik. Malah banyak juga kanak-kanak fonik, yang berumur 4 tahun, menulis 'dengan sendiri', tanpa diajar menulis secara formal. Kenapa? Oleh sebab mereka diajar mengenal bunyi yang dikaitkan kepada huruf (simbol) menggunakan teknik pelbagai deria. Mereka diajar menyentuh huruf berpasir, membentuk huruf dengan doh dan menyanyi lagu aksi sebagai contoh. Mereka mudah mengingat bunyi dan mengenal bentuk dan rupa huruf.

Sekiranya kita menyuruh mereka menulis bunyi /s/, mereka akan tulis 's'. 

Yang pasti mereka tidak tahu menulis sekiranya kita menyuruh mereka menulis dengan menyebut nama huruf, sebagai contoh, "Tulis 's' (es)."

Kesimpulannya, pada tahap menulis huruf, galakkan kanak-kanak fonik menulis dengan menyebut BUNYI bukan nama huruf.

Seterusnya mereka diajar membaca sukukata dan perkataan dengan menggabung-gabung bunyi. Dengan itu sekiranya kita menyuruh mereka menulis 'si' mereka akan menulis huruf 's' dan 'i'. Mereka tidak akan keliru sebagaimana kanak-kanak yang diajar membaca dengan mengenal nama huruf dan mengeja-ngeja, yang selalu keliru samada 'si' itu 'c' atau 's' dan 'i', sebagai contoh. Banyak lagi kekeliruan kanak-kanak kaedah mengeja seperti menulis 'bi' dan 'ji'.

Untuk kanak-kanak fonik, pada tahap menulis suku kata, kita hanya perlu menyebut, "Tulis 'sa' atau 'si' atau 'su'. " sahaja. Kita boleh memudahkan menulis dengan memanjang bunyi-bunyi yang boleh dipanjangkan, sebagai contoh, /sssaaa/.  
Pada peringkat awal, kanak-kanak akan bertanya, " Ada /s/, cikgu?" Kemudian setelah mereka menulis 's' mereka  akan bertanya , "Ada /a/, cikgu?"

Setelah mereka dibiasakan menulis, kanak-kanak ini dapat menulis suku kata atau perkataan hanya dengan kita atau mereka sendiri menyebut suku kata atau perkataan tersebut.
Begitulah ' the writing journey' kanak-kanak fonik.

Bahkan mereka gemar menulis luahan hati mereka atau apa saja dengan sendiri. Banyak ibu bapa menceritakan setelah anak mereka pandai membaca dengan Bacalah Anakku, anak-anak mereka suka menulis surat cinta kepada ibu dan bapa mereka.

Di sini contoh karangan anak saya yang ke empat Amalia ketika dia berumur 5 tahun. 

Amalia mula membaca pada umur 4 1/2 tahun dan saya tidak mengajarnya menulis. Pada umur 5 tahun, semasa karangan ini ditulis, Amalia baru masuk tadika. Saya pun memang TERKEJUT sakan!

Di sini satu lagi contoh bagaimana kanak-kanak fonik menulis.

BERSAMBUNG.







Monday, June 24, 2013

Anak Cerdik Tapi Tak Pandai Membaca

Anak/Pelajar:
1. Masih tak dapat atau lambat  mengenal dan membezakan bunyi-huruf.
2. Masih menyebut semua bunyi-bunyi dalam perkataan untuk membaca. Sebagai contoh pelajar menyebut /heh, aa, rr, ii/, 'hari'(Buku 5 Bacalah Anakku). Sepatutnya pada tahap ini, kanak-kanak yang diajar membaca menggunakan teknik gabungbunyi sudah dapat membaca dengan lancar(tanpa menyebut-nyebut bunyi).
3. Mempunyai masalah menyebut bunyi-bunyi dalam perkataan apabila disuruh mengeja secara lisan(low phonemic awareness).
4. Seringkali menulis perkataan yang sama dengan ejaan yang berbeza-beza.
5. Menulis perkataan dengan ejaan yang susah difahami.
6. Seringkali silap menyebut perkataan, sebagai contoh, 'makanan' disebut 'manakan'.
7. Susah nak bagi tumpuan atau mengingat apa yang diberitahu/pelajari secara lisan. Selalu juga mempunyai masalah memahami arahan lisan.

Anak/Pelajar yang mengalami kebanyakan situasi di atas berkemungkinan besar mengalami masalah auditori(auditory processing difficulties).

Apa it AUDITORY PROCESSING DIFFICULTIES(APD)?
Auditory processing adalah istilah yang digunakan untuk menceritakan apa yang berlaku apabila otak menerima dan memproses bunyi-bunyi yang didengari.

Kanak-kanak yang mengalami APD biasanya tidak ada masalah pendengaran(i.e. tak pekak) ataupun tak cerdik tetapi wujud masalah komunikasi di antara otak kiri dan kanan.

Pada kebiasaan, otak kiri akan memproses benda baru yang kita dengar. Kemudian maklumat itu dihantar menyeberangi corpus callosum ke otak kanan untuk penyimpanan kekal(Long term storage) dan kemudahan penggunan semula(easy retrieval). But this doesn't happen with APD kids.

Why? We don't know. Saintis belum dapat memberi jawapan. Tetapi di dalam sesetengah kes, kanak-kanak mengalami APD kerana kemalangan dan sawan.

In simple words, some kids have auditory problems for no apparent reasons. 
Kita sebut bunyi /b/, otak kanak-kanak APD tidak memproses bunyi /b/ dengan betul. 
Kita sebut 'mata', otak kanak-kanak APD mungkin memproses perkataan 'mata' sebagai perkataan lain.
This has nothing to do with hearing. It has to do with brain processing.

So, apa kita boleh buat untuk membantu mereka?
Menurut Occupational Therapists, kita boleh mengatasi masalah auditori ini dengan menggunakan teknik pengajaran otak kanan yang menekankan lebih banyak bahan visual. Di antara penekanan pengajaran-pembelajaran otak kanan adalah:
1. Bahan pengajaran visual (gambar)
2. Berwarna
3. Pelik dan/atau lucu
4. Mengaitkan emosi(menyeronokkan)

So cikgu dan ibubapa do all these if your kids have APD. However, kena ingatlah mana-mana anak yang mengalami masalah pembelajaran spesifik seperti APD memerlukan bimbingan sepanjang. It is not cured overnight.

Bagi kami yang terlibat dengan mengajar anak membaca, menulis, mengeja, susah betul nak explain kat parents sebab anak APD selalunya cerdik macam budak-budak lain. Guess it's easier to blame teachers and schools instead of working together to better understand and help the kids.