Showing posts with label Permainan fonik. Show all posts
Showing posts with label Permainan fonik. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Suka-Suka Fonik #5 / Fun Phonics #5

TIC TAC TOE WORD
Pemain: 2 
Bahan: 1 mini whiteboard, 3 'x', 3 'o' 
* Anda juga bole menggunakan kertas biasa untuk papan Tic TacToe.
Saya suka guna whiteboard sebab boleh padam-padam, tukar bunyi / suku kata / perkataan tanpa membazirkan kertas. Usaha kecil untuk menyelamatkan pokok.
Variasi 1: Saya memilih perkataan-perkataan di dalam Book 1 dan 2, Readeasy Beginner.

Cara Bermain: Seperti Tic Tac Toe biasa. Pemain 1 memilih kotak dan membaca perkataan di dalam kotak pilihan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'x' di dalam kotak tersebut.
Seterusnya Pemain 2 pula akan memilih kotak dan membaca perkataan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'o' di dalam kotak tersebut. Pemain yang paling dulu berjaya meletakkan 'x' atau 'o' menegak, melintang atau menyilang dikira pemenang pusingan tersebut.
Ulangi permainan.  






Variasi 2: TIC TAC TOE SOUND / BUNYI sahaja samada untuk anak-anak berlatih sebut bunyi dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. 


Variasi 3: TIC TAC TOE SUKU KATA  


Variasi 4: TIC TAC TOE PERKATAAN bahasa Melayu. 

SELAMAT BERMAIN!

Saturday, September 14, 2013

Suka-suka Fonik #4 / Fun Phonics #4

Main Bisik-Bisik.
Pemain: 3 atau lebih
Bahan: Buku Bacalah Anakku / Readeasy; kertas, pensel/krayon.

Bisik ape?
1. Bisik satu bunyi. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih bunyi. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 2, anda boleh membisikkan bunyi /a i u n b m s k/.
2. Bisik sukukata. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih sukukata. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 1, anda boleh membisikkan na ni nu ba bi bu.
3. Bisik perkataan. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih perkataan. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 4, anda boleh membisikkan perkataan-perkataan di dalam buku tersebut.
4. Bisik ayat pendek. Rujuk buku Bacalah Anakku untuk memilih ayat. Sebagai contoh sekiranya anak sudah mempelajari Buku 4, anda boleh membisikkan ayat di dalam buku tersebut. Sebagai contoh, Rama-rama sami lari.

Cara bermain:
1. Pemain duduk atau berdiri di dalam satu barisan.
2. Pemain 1 membisik satu bunyi / sukukata / perkataan / ayat kepada Pemain 2. Pemain 2 membisik apa yang didengarinya kepada Pemain 3. Begitulah seterusnya.
3. Pemain yang terakhir akan menulis dan menyebut/membaca bunyi / sukukata / perkataan / ayat dengan kuat. Semak samada bunyi / sukukata / perkataan / ayat yang ditulis sama dengan yang dibisikkan oleh Pemain 1.
4. Ulangi langkah 1  - 3 untuk bunyi / sukukata / perkataan / ayat yang baru.

Catatan: suaikan isi permainan dengan buku Readeasy.