Showing posts with label Ajar Menulis. Show all posts
Showing posts with label Ajar Menulis. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Write It Right

Alhamdulillah, all praise to Allah, for making it easy for me to help my 11 year old son improve his illegible handwriting. He has made tremendous progress. Let me share with you his before and after handwriting. I began helping him on the 9th of June, 2013. For the first 2 weeks, I sat down with him 15-20 minutes everyday(ok sometimes we missed because either he or mum was kaput!)


  This his handwriting in April.    
                                                       
 This is his handwriting now(July).

Please excuse the wrong answers in the exercise above. Mum was so excited to see her son's beautiful handwriting that she didn't realize his mistakes! 
However A*** has still a long way to go. Kat sekolah dia masih menulis style lama. Bad habits die hard. In school he is always rushed. Nak kena siap salin soalan cepat dan sebagainya. He actually needs a lot of support at home and in school. I hope there are teachers who are as concerned as I am. I hope ada cikgu-cikgu yang sentiasa remind A*** to write nicely. I hope ada cikgu-cikgu yang motivate  dia supaya menulis dengan  lebih baik. 
InsyaAllah saya akan kongsi apa yang saya lakukan untuk membantu A*** memperbaiki tulisannya di dalam posting yang akan datang.

Friday, July 12, 2013

Ajar Anak Kecil Menulis Awal (2)

Menjangkau 13-16 bulan, anak kita akan lebih pro menconteng. Pada peringkat umur ini saya terus galakkan anak menconteng dengan menyediakan pelbagai alat tulis, krayon, pensel warna dan kapur tulis. Saya memberi peluang untuk anak saya menconteng setiap hari dalam suasana gembira. Kekadang saya pasang lagu kanak-kanak sambil dia menconteng. Saya dapat melihat anak saya spend more time scribbling.

Di antara 20-25 bulan, anak kita lagi seronok menconteng kerana boleh melakar garis melintang, menegak dan bulatan. Bercakaplah dengan anak anda mengenai contengannya(penyimpanan kosa kata, penting untuk membaca dan menulis). Masa inilah tercipta mural-mural di dinding tanpa dirancang!

Pada peringkat umur ini jangan sekali-kali memaksa anak memegang alat tulis dengan betul seperti kita orang dewasa. Jari jemari mereka masih  belum lagi kuat. Tetapi beri peluang anak melakukan aktiviti motor halus yang melibatkan penggunaan jari. Ajak anak anda mengoyak dan meronyok(scrunch) kertas. Gunakan majalah lama atau wrapping paper terbuang. Selepas mengoyak dan/atau meronyok, galakkan anak memasukkan kertas tadi ke dalam botol mineral plastik. Mulut botol yang sempit akan memberi peluang anak menggunakan ibu jari dan jari telunjuk(pincer hold). Ini akan membantu anak memegang pensel yang betul nanti(tripod pencil hold). Selain kertas, aktiviti memasukkan straw ke dalam botol mineral bukan saja merangsang motor halus tetapi juga koordinasi mata dengan tangan, yang sangat penting untuk membaca dan menulis.

Di taska saya,kanak-kanak 2-3 tahun akan belajar 1 bunyi huruf dan 1 nombor setiap minggu. Guru pengasuh akan memberi kanak-kanak ini peluang untuk mengecat dengan jari(finger painting, awal tulisan) nombor dan huruf setiap minggu. Kanak-kanak ini juga diberi peluang menulis huruf dan nombor di atas pasir berwarna(awal tulisan). Mereka juga diajar menyentuh kad huruf dan nombor berpasir(awal tulisan). Jangan lupa tunjukkan cara menyentuh huruf atau nombor yang betul, iaitu cara huruf atau nombor itu ditulis.


Saturday, December 3, 2011

Babyku Pandai Tulis!


Saya sering ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis? Saya memberi peluang anak-anak saya menulis daripada umur 12 bulan. Bermula pada umur 12 bulan bayi anda mampu menggenggam alat tulis.

Tampalkan kertas mahjong di lantai dan berikan krayon untuk bayi anda menconteng. Pada peringkat umur ini bayi anda akan menggenggam krayon sambil menconteng(scribbling). Menconteng is your baby's first writing.

Jangan lupa untuk berbual-bual dengan bayi anda sambil dia 'menulis'. Tanya "Adik tulis ape tu?". Beri komen yang memberangsangkan seperti "Cantiknya tulisan adik !" atau "Besarnya bola adik lukis!".

Anda juga boleh berbual mengenai warna-warna yang digunakan oleh bayi anda untuk 'menulis'. Dengan berbual sebegini bayi anda akan memahami apa yang dicontengnya itu mewakili satu objek atau idea.

Anda juga boleh mainkan lagu(...how about 'Abu Ada Ayam'?) semasa sesi 'menulis' ini. Pelbagaikan rentak lagu laju atau perlahan untuk menggalakkan bayi anda 'menulis'.

Menjangkau 17/18 bulan bayi anda akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih 'pro' menconteng. Jangan expect bayi anda boleh melukis gambar pada tahap ini ye. Bayi anda sekadar diberi peluang untuk meneroka apa yang dia boleh lakukan dengan krayon pelbagai warna dan kertas. Bayi anda juga berpeluang meniru apa yang abang, kakak dan anda lakukan dengan alat tulis. Don't forget to put up your baby's writing/drawing on the walls to show how much you appreciate his/her efforts.

Have fun with your baby!