TerKEJUT seminit!
Bacalah Anakku Edisi 1, 1996.
Nostalgia sekejap.
Bacalah Anakku yang ditulis dan disusun oleh sepasang suami isteri untuk mengajar anak ketiga mereka yang berumur 6 1/2 tahun yang tak tahu membaca.
Anak itulah Athirah, Si Baju Biru di kulit buku Bacalah Anakku dan sayalah ibunya.
Masa tu saya dan suami merupakan guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah di Kelantan. Time tu cikgu-cikgu sibuk mengajar Skim SSB, gaji melintang, menegak.
Kami selalu joke, Athirah terabai sebab kami kejar gaji melintang ( ha ha tak dapat pun. Alasan, masih muda untuk dapat :) )
Anyways, Athirah masa tu bersekolah di tadika dekat rumah milik kerajaan negeri. Cantik bangunannya, lapang bilik darjahnya. Tapi bilangan murid dalam satu kelas melebihi 30 orang! (Rase lebih 40 orang... Tapi dah lupa... Yang pastinya sangat ramai.)
Banyak orang hantar anak ke tadika ni sebab yuran agak murah, bilangan guru cukup, makan sedap sebab ada sponsor.
Kami hantar Athirah sebab permintaan ayah saya yang masa tu tolong hantar cucunya ke sekolah. Alasan dekat rumah.
To cut the story short, menjangkau 6 1/2 tahun Athirah expert sekali 'ngala nepek'( colouring and pasting ; mewarna menampal ). Dia juga pandai menyanyi lagu abc. Tunjuk 'a' tak tahu, tunjuk 'b' tak tahu.
OKTOBER 1995
Aduyai masa tu dah bulan Oktober(1995). Pada tahun itu Kementerian Pendidikan Malaysia tukar penggal persekolahan bermula pada 1 Disember.
Mak Athirah panik sebab anaknya dah nak masuk Darjah 1 tapi tak reti membaca, Ayahnya cool aje.
Mak athirah pun pi kedai buku nak cari buku untuk ajar anak kecil membaca Bahasa Melayu.
Aduyai kat kedai buku pun yang banyak buku-buku cerita dan buku 'ngala nepek'.
NOVEMBER 1995
To cut the story short, my ever-so -cool husband and I sat down to draft out our own reading series in Bahasa Melayu. Sepanjang bulan November, sambil kami menyusun dan menulis, kami mengajar anakanda Athirah membaca. Dalam masa sebulan Athirah dapat membaca perkataan suku kata tertutup ( Buku 6, 7 Bacalah Anakku sekarang ).
Ni dia contoh buku yang kami tulis tangan.
DISEMBER 1995
Pada 1 Disember saya menghantar Athirah ke Darjah 1 dengan hati yang agak lega. Walaupun masa tu dia belum habis belajar membaca ( Buku 8 Bacalah Anakku), tapi Athirah dapat membuat kerja sekolahnya tanpa banyak bantuan.
Alhamdulillah!
Sekarang anakanda Athirah berkerja sebagai Senior Finance & Accounts Executive di firma swasta ( hehe baba nak anak dapat pengalaman kerja dengan orang dulu ). Saturdays pula Athirah attend kelas program Diploma Executive Early Childhood Education ( hehe semoga Allah permudahkan kami 'groom' Athirah ).
Masa kelas semalamlah Professor Dr Mahzan Arshad, pensyarah Early Childhood Language & Literacy untuk Program Diploma Executive Early Childhood Education di UMCCed ( University Malaya ) mempamerkan buku Bacalah Anakku sebagai contoh buku yang menggunakan kaedah fonik. Prof cerita dia beli pada tahun 1996 untuk mengajar anaknya yang berumur 5 tahun membaca. Kemudian Prof bawak buku Bacalah Anakku ke US. Di sana dia mempelawa seorang bangsa America utk mempelajari Bahasa Melayu menggunakan Bacalah Anakku. Prof kata dengan buku ni dia boleh ajar dalam 1 bulan.
Terima kasih Prof Mahzan kerana menggunakan Bacalah Anakku dan masih menyimpan set buku yang sudah berusia 15 tahun untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar.
Hehe down memory lane sekejap.




