Showing posts with label cepat membaca. Show all posts
Showing posts with label cepat membaca. Show all posts

Friday, February 26, 2016

'Mazhab' Fonik Baru

Betulkah sekarang ada fonik baru?
Bukan baru... Diberi NAMA BARU. Terdapat 2 'mazhab' fonik. 

Erti FONIK dalam bahasa mudah ialah BUNYI

1. 'Mazhab' fonik baru = 
FONIK SUKU KATA = Bunyi suku kata. 
Kanak-kanak diajar membaca perkataan dengan menghafal pola suku kata terbuka & tertutup seperti ba bi bu be be bo, can cin cum cen cen con, lang ling lung leng leng long dan seterusnya. 

Fonik suku kata = hafal pola suku kata =  kaedah suku kata
Sebenarnya fonik suku kata berasaskan kaedah suku kata. 

Bolehkah anak diajar membaca menggunakan cara ini?
Tentu sekali boleh. 
Cuma dengan cara ini dan mana-mana cara berdasarkan KAEDAH SUKU KATA.  anak dikehendaki menghafal banyak pola. 
Pada peringkat awal, anak akan laju membaca perkataan mudah kerana belum banyak pola perlu diingat. Walau bagaimana pun, anak yang kuat daya ingatan akan dapat membaca dengan baik dengan cara ini. 
Tetapi banyak juga kanak-kanak menghadapi kesukaran apabila mula menghafal pola suku kata tertutup. Lebih-lebih lagi untuk membaca perkataan panjang
( perkataan pelbagai suku kata). 
Lihatlah berapa banyak pola suku kata yang perlu diajar dan dihafal. 

Ada juga yang menggabungkan kaedah ini dengan mengajar bunyi/fonem huruf juga untuk membaca suku kata tertutup.  

Sebagai contoh:
suku kata 'ma' + bunyi /n/ = man
Yang pasti ratusan pola juga perlu dihafal. 

2.  FONIK GABUNG BUNYI
 FONIK GABUNG BUNYI = hafal bunyi paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan yang diwakili simbol/huruf 
= Fonik Bacalah Anakku 

Anak diajar membaca dengan menggabung bunyi2 kecil(fonem) ini menjadi perkataan. 

Fonik Gabung Bunyi = hafal fonem + gabung bunyi = Fonik Bacalah Anakku = KAEDAH FONIK/FONETIK

Terdapat HANYA 31 fonem di dalam bahasa Melayu.


Anak tidak perlu menghafal ratusan pola dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku. Sesetengah anak mengambil masa untuk memahami konsep gabung bunyi ini. Tetapi dengan kemahiran menggabung bunyi, anak dapat membaca kesemua perkataan bahasa Melayu dengan mudah. Tak kiralah panjang atau pendek. Anak juga akan mudah membaca bahasa Inggeris sekiranya kaedah yang sama digunakan untuk mempelajari membaca bahasa Inggeris. 

Kaedah fonik gabung bunyi ini juga adalah kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak yang sukar membaca(struggling readers). 

Kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics pula memenuhi kriteria program bacaan berkesan kanak-kanak disleksia:
1. Berasas fonik
2. Multi sensori
3. Berstruktur & Sistematik
4. Arahan Pengajaran Terperinci 

Bacaan berkaitan Perbandingan Kaedah Fonik vs Kaedah Mengeja & Kaedah Suku Kata di http://cepatmembaca.blogspot.my/2013/03/aduyai-banyaknya-kena-hafal.html?m=1

Wednesday, January 28, 2015

Aku Tak Percaya!

HAFAL SUKU KATA tidak SAMA DENGAN kebolehan mengGABUNG BUNYI. 

Percayalah ...
Hanya dengan mengenal 8 bunyi-huruf a i u n b m s k, kanak-kanak yang dilatih menggabung bunyi, mampu membaca 45 perkataan


Percayalah...
This is the POWER of phonics. 
This is the MAGIC of phonics.  

Kenapa? Kerana dengan melatih menggabung bunyi, mereka boleh membaca 'ba'. Mereka juga dengan mudah boleh membaca 'ab'. Ubah kedudukan huruf-huruf dan beritahu mereka untuk menggabung saja bunyi-bunyi tersebut.

Percayalah ...
Once they know sounds, they are able to read any possible combinations. 
Mereka tidak terikat kepada menghafal pola suku kata terbuka atau tertutup.

Percayalah ...
Dengan kebolehan menggabung bunyi kanak-kanak dapat membaca perkataan panjang dengan cukup mudah. Bagaimana? Dengan menggabung sahaja setiap bunyi daripada kiri ke kanan ( teknik rantaian bunyi / chaining ).

Di bawah adalah senarai perkataan yang dapat  dibaca hanya dengan mengenal a i u b n m s k. 
1. Ana    2. Ani    3. Ina
4. Ini       5. Ibu    6. Abu
7. Isa      8. Isi      9. Ubi
10. Nani 11. Nina 12. Nabi
13. Bina 14. Bani 15. Banu
16. Nama   17. Mama
18. Mana   19. Bumi
20. Susu.   21. Sisa
22. Sana    23. Sani
24. Sama   25. Sami 
26. Mak     27. Saksi
28. Susun  29. Samun
30. Samak 31. Sanak
32. Sabun. 33. Sanak
34. Saman  35. Babak
36. Babun   37. Manis 
38. Masin    39. Masam
40. Masak   41. Mabuk
42. Kami      43. Kamu
44. Kabin.    45. Kakak

Percayalah! Kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy memang POWER!!!

The same goes for English. 
With just a few sounds they can read many words and other letter combinations to read bigger words later on. 

Ikutilah kursus Intensif kami untuk mendapat pengalaman praktikal mengajar GABUNG BUNYI.
Hubungi Readnetwork 03-4143-5440



Monday, January 5, 2015

Pssst .... Saya ada RAHSIA (2)

SAMBUNGAN:
Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.

Sesetengah kanak-kanak kecil perlu banyak latihan dan pengulangan untuk pandai membaca.
Latihan yang penting adalah LATIHAN GABUNG BUNYI.

Kita melatih kanak-kanak menggabung bunyi supaya mereka faham bahawa perkataan terbina daripada bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan. Perkataan yang diucapkan TIDAK terbina daripada NAMA HURUF abc ( ei, bi, si ).

Oleh kerana kita mengajar kanak-kanak, maka latihan dan pengulangan mestilah MENYERONOKKAN.
Jom latih mereka menggabung bunyi sambil memandu kereta.

Bahan-bahan:
Kereta mainan
Kad-kad huruf ( saya menggunakan kad-kad Bacalah Anakku )
Trek kereta lumba / jalan raya / karpet seperti di dalam gambar.


1. Atur kad seperti mana di dalam gambar.

2. Modelkan kepada kanak-kanak bagaimana menggabung bunyi sambil memandu.
/b/ ... /i/,    / bi /
/n/ ... /a/,   / na /

3. Galakkan kanak-kanak melakukan sebagaimana ditunjukkan.

4. Teruskan bermain dengan mengganti kad-kad kad bunyi/huruf dengan kad-kad yang berbeza.
Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan tetapi sangat berkesan untuk melatih gabungan bunyi kerana pendekatan 'hands-on'.