Showing posts with label gabung bunyi. Show all posts
Showing posts with label gabung bunyi. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Pssst .... Saya ada RAHSIA (2)

SAMBUNGAN:
Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.

Sesetengah kanak-kanak kecil perlu banyak latihan dan pengulangan untuk pandai membaca.
Latihan yang penting adalah LATIHAN GABUNG BUNYI.

Kita melatih kanak-kanak menggabung bunyi supaya mereka faham bahawa perkataan terbina daripada bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan. Perkataan yang diucapkan TIDAK terbina daripada NAMA HURUF abc ( ei, bi, si ).

Oleh kerana kita mengajar kanak-kanak, maka latihan dan pengulangan mestilah MENYERONOKKAN.
Jom latih mereka menggabung bunyi sambil memandu kereta.

Bahan-bahan:
Kereta mainan
Kad-kad huruf ( saya menggunakan kad-kad Bacalah Anakku )
Trek kereta lumba / jalan raya / karpet seperti di dalam gambar.


1. Atur kad seperti mana di dalam gambar.

2. Modelkan kepada kanak-kanak bagaimana menggabung bunyi sambil memandu.
/b/ ... /i/,    / bi /
/n/ ... /a/,   / na /

3. Galakkan kanak-kanak melakukan sebagaimana ditunjukkan.

4. Teruskan bermain dengan mengganti kad-kad kad bunyi/huruf dengan kad-kad yang berbeza.
Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan tetapi sangat berkesan untuk melatih gabungan bunyi kerana pendekatan 'hands-on'.




 



Sunday, January 4, 2015

IMPROVISED ... Alat Bantu Cawan Polisterin

Cara MUDAH untuk kanak-kanak menggabung bunyi dengan PANTAS.

Edisi pertama:

Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas kerana saiz huruf yang kecil.

Edisi kedua:

          
Sesuai untuk kanak-kanak lebih muda, 4 dan 5 tahun.

PASTIKAN anak-anak diajar menggabung bunyi.
Bagi ibu bapa dan guru yang belum jelas mengenai membaca dengan menggabung bunyi, saya kongsikan video panduan di sini http://youtu.be/jnaLai_AwMs

Tuesday, April 8, 2014

Suka-suka Fonik # 10 / Fun Phonics # 10

Kad Sampul Surat
Bahan yang diperlukan:
1. Sampul surat panjang yang dipotong pada satu hujung.
2. Kad manila.
3. Pen marker hitam. Marker merah dan biru sekiranya menggunakan perkataan bahasa Melayu yang mengandungi e pepet (merah) dan e taling (biru). 
4. Buku Bacalah Anakku dan / atau Readeasy Phonics.

Langkah:
1. Pilih beberapa perkataan berdasarkan susunan buku Bacalah Anakku atau Readeasy
2. Tulis perkataan di atas kad manila.

CONTOH 1: Bacalah Anakku Buku 4

CONTOH 2: Bacalah Anakku Buku 6

CONTOH 3: Readeasy Beginner Book 7

CONTOH 4: Readeasy Beginner Book 8


2. Masukkan kad ke dalam sampul.

3. Latih anak membaca dengan menggabung bunyi sambil menarik kad sedikit demi sedikit.

Contoh perkataan bahasa Inggeris, Book 8 Readeasy Beginner.




Setelah anak-anak dibiasakan dengan aktiviti ini, mereka dapat melakukan 'independent-learning'. Ibu bapa atau guru hanya perlu menyediakan kad-kad perkataan yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang telah dipelajari. Hiasilah sudut bahasa anda di sekolah atau rumah dengan kad-kad sampul ini.

Perhatian: Jangan terikat kepada perkataan yang digunakan dalam buku Bacalah Anakku dan Readeasy sahaja.

Selamat mencuba!

Sunday, December 8, 2013

Mengajar Gabung Bunyi

Langkah paling penting setelah mengajar 1 bunyi adalah mengajar GABUNG BUNYI.
Objektif mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa:
1.  Perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil ( words are made up of sounds ).
2. Apa yang ditulis adalah lambang pertuturan.

Sebagai contoh perkataan ' tangan' terbina daripada bunyi-bunyi / t - a - ng - a - n /.
Terdapat 5 bunyi bila kita menyebut 'tangan'
Seterusnya kita menghubung kaitkan simbol kepada setiap bunyi. 
Bunyi /t/  diwakili oleh simbol 't', bunyi /a/ oleh simbol, 'a', bunyi /ng/' diwakili oleh simbol 'ng' dan bunyi  /n/ diwakili oleh simbol 'n'. 

 Di dalam Bacalah Anakku, untuk memudahkan pembelajaran, kanak-kanak diajar menggabung bunyi sukukata terbuka dahulu kerana susuk bahasa Melayu terbina daripada sukukata- sukukata.  

MENGAJAR GABUNG BUNYI  Buku 1 - 5 Bacalah Anakku:
AKTIVITI 1
Gabungan secara lisan ( Oral Blending )
Contoh Buku 1 
Objektif : Pelajar dapat menyebut gabungan 2 bunyi secara lisan ( aktiviti kesedaran fonemik )
Kandungan: bunyi /a i u n b /
BBM : Tiada ( suara sahaja )

Langkah:
1. Guru menunjuk cara. Guru menyebut /n/ ....... /a/ , n/ ..... /a/ , n/ ... /a/ , jadi /na/. 
( Mula-mula sebut perlahan dan kemudian semakin cepat. )
Ulang 2x.

2. Guru meminta pelajar menyebut bersama guru ( peniruan secara lisan / verbal imitation ). 
Ulang 2x

3. Guru menyebut /n/ ... /a/ , /n/ ... /a/ , n/ ... /a/ , jadi? (Pelajar menjawab /na/. )
Guru boleh membantu dengan menunjukkan mimik mulut sahaja. 
Ulang 2x

4. Praktikkan pengajaran & pembelajaran ( p & p ) whole- brain, KELAS AJAR - AJAR OK ( teknik terbaru ).

5. Ulangi Langkah 1 - 3 untuk / n ... i /, / n ... u /, / b/ ... /a/ , / b / ... /i/ , / b / ... / u /.

Untuk lebih menyeronokkan ulang pengajaran di atas dalam bentuk pertandingan, beri markah / bintang. Beri ganjaran kepada kumpulan yang menang.

PERHATIAN: Setelah pelajar menguasai konsep GB secara lisan, guru tidak perlu mengulangi setiap langkah 2x.

AKTIVITI 2 
Gabungan kad 
Contoh Buku 1
Objektif: Pelajar dapat menggabung 2 bunyi kad huruf.
Kandungan: gabungan bunyi na ni nu ba bi bu
BBM : kad huruf n, b, a, i, u

Langkah:
1. GURU menyebut bunyi sambil menggerakkan kad huruf konsonan ( kanan ) dan kad huruf vokal ( kiri ) bagi membina gabungan 2 bunyi huruf.
     /n/ ... /a/ , /n/ ... /a/ ,  / na /
2. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR menyebut bunyi BERSAMA  GURU.
3. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR SAHAJA menyebut bunyi. Guru hanya menggerakkan kad.


4. Ulangi langkah 1 - 3 untuk gabungan ni dan nu.
5. Ulangi pengajaran GB na ni nu dalam bentuk permainan (Sila rujuk buku Permainan Kreatif ).
6. Beri pelajar aktiviti penulisan yang berkaitan (Sila rujuk buku Fonetik Ekspres 1 & 2 ).
7. Semak pelajar menggunakan Buku 1 Bacalah Anakku milik pelajar. Rekod pencapaian pelajar.

PERHATIAN: Adalah sangat penting pelajar memahami konsep GB menggunakan kad. Ulangi Langkah 5 supaya pelajar menguasai konsep ini. Kemahiran menggabung bunyi hanya dapat dicapai melalui pengulangan yang bermakna dan menyeronokkan.

Pengalaman mengajar kanak- kanak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi melebihi 20 tahun menyebabkan saya 100% yakin bahawa kanak-kanak yang telah menguasai konsep gabung bunyi akan menjadi pembaca dan penulis yang hebat ( expert readers and writers.) Mereka juga dapat mengeja dengan mudah ( good spellers ).

BERSAMBUNG - Aktiviti 3 LIHAT & BUAT, DENGAR & BUAT.