Showing posts with label ajar baca. Show all posts
Showing posts with label ajar baca. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Reading To Babies In The Tummy


1. Pilih buku yang sesuai. Saya suka pantun dan buku cerita yang ayatnya berima ( Rhyming ). 

2. Pilih tempat yang selesa. Samada di atas katil yang empuk atau pun di taman bertemankan burung berkicauan! ( Eh eh ayat berima! ) 
 
3. Bacakan buku dengan pelbagai intonasi dan nada suara.
Ada juga sesetengah ibu bapa merekodkan bacaan mereka dan memperdengarkan rakaman cerita kepada bayi di dalam kandungan. Pastikan volume tinggi sikit daripada pertuturan biasa.

4. Bacakan pantun dan/atau buku yang sama.

5. Usap baby dengan penuh kasih sayang sambil membacakan buku cerita kepadanya.

6. Enjoy your reading session with your beautiful baby.
Note: Dear Mummies, please make sure Daddies also read to your baby.

Dapatkan lebih banyak tips merangsang bayi di dalam buku ini:

Belian online di http://www.readnetwork.com/readnbaru/aakma.html


Tuesday, October 7, 2014

Alahai Susah Jugak Nak Pilih Buku Untuk Baby!

Tak lama lagi saya akan menimang cucu yang pertama. Maka bertanyalah saya kepada anakanda saya  "Dah beli buku untuk baby?"
Jawab anakanda " Hmmm tak pandaila nak pilih. Jomla kita gi beli sama." 

Oh oh ... Sepatutnya anakanda mummy-to-be dah mula read aloud a favourite book to the baby in the tummy a few months ago! ( :0 )

To cut the story short I found it not that easy to pick the right books for newborns.
Komen anakanda saya, " Haa kalau datang sorang, lagi pening!"

I'm not that happy with what I've chosen because I couldn't find what I want at bookstore no.1.
We definitely have to go to a few more bookstores.

Let me share with you what kind of books you should get for your new born.

Untuk bayi baru lahir (0 - 3 bulan ) saya memilih buku yang mempunyai illustrasi 'high contrast' untuk menarik perhatian bayi kerana penglihatannya masih kabur.

Saya suka:
1. Buku bergambar hitam putih. Saya suka buku berkulit keras yang bersaiz sederhana.

2. Saya suka buku bergambar binatang ( animal picture books ). Sambil namakan binatang dalam buku boleh juga saya buat bunyi binatang. Aum! Aum!

Saya suka gambar binatang yang betul ( real animal pictures ).
Satu gambar pada setiap muka surat. 

3. Buku bergambar benda-benda biasa disekeliling bayi. Saya suka 'real pictures' juga.

4. Buku cerita bergambar tanpa atau sedikit teks. 

5. Buku cerita bergambar dengan teks berima (rhyming text)


6. Buku Bermaklumat yang simple.
    Buku mengenai warna.


 Buku nombor dengan teks berima ( rhyming text ).

Saya juga beli kad imbas.

Itu saja hasil tangkapan saya kali ini. 
Dapatkan buku pinky Ajar Anak Kecil Membaca Awal di sini http://www.readnetwork.sto.my untuk mengetahui cara yang betul membaca kepada bayi anda.