Showing posts with label multi sensori. Show all posts
Showing posts with label multi sensori. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Jangan Pandang Main Doh Remeh


Wahai ibu bapa dan guru-guru, jadikanlah main doh aktiviti WAJIB sekiranya anda sedang mengajar anak kecil membaca.  Lebih-lebih lagi sekira anak anda cepat lupa atau mempunyai masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
 
Menurut kajian saintis barat, membentuk huruf dan/atau perkataan dengan 'clay' ( doh / plastisin ) membantu pendawaian saraf-saraf otak kanan yang sangat penting untuk anak disleksia.

Sesetengah anak memerlukan TEMPLATE untuk membantu mereka membentuk huruf atau perkataan.

Saya menggunakan papan putih kecil sebagai template. Mudah, murah dan tidak membazir kertas sekiranya mengajar anak sendiri.
Anda juga boleh menggunakan pinggan plastik, alas pinggan plastik ( place mats ). Di taska dan tadika guru-guru boleh menyediakan template menggunakan kertas tebal yang di laminate. 

Langkah pengajaran:
1. Sediakan template huruf / perkataan.
2. Beritahu anak, "Mama nak buat /a/ ". ( Sebut bunyi bukan nama huruf )
Tunjukkan dan ceritakan kepada anak cara huruf dibentuk. 
" Mula-mula mama gentel doh macam ular. Kemudian mama buat bentuk melengkung dulu.
Kemudian mama gentel lagi doh macam ular. Sekarang mama letak ya menegak begini.
Kak Long, inilah /a/. Bunyi apa ni Kak long?" 


Sila rujuk Carta Bunyi Bacalah Anakku / Readeasy Sound Chart untuk memastikan cara huruf ditulis dengan betul.

3. Galakkan anak untuk membentuk 'a' dengan sendiri. " Sekarang Cuba Kak Long pula buat /a/."
Beri template jika perlu.
4. Tanya anak, "Kak Long buat apa tu?"
Sekira jawapannya /a/, beri pelukan.

Bagi anak yang cepat lupa dan disleksia, aktiviti sebegini perlu dibuat untuk perkataan. Ya betul memakan masa. Tetapi aktiviti hands-on ( multi sensori ) sebegini lebih bermakna untuk mereka. 


Sambil membentuk huruf, galakkan anak menyebut setiap bunyi di dalam perkataan, / a - n -i /, /ani /. 

Selamat mencuba!

Wednesday, January 14, 2015

Kena Gaya, Kena Cara - Anak Disleksia Boleh DiAjar Membaca

Baru-baru ini saya ditanya lagi bagaimanakah cara untuk membantu anak disleksia membaca. Ini jawapan  tambahan.



Masih ada BANYAK HARAPAN untuk anak disleksia menguasai kemahiran membaca.
Kita hanya perlu tahu caranya.
 Dr Sally Shaywitz bersama pasukan Yale Center of Dyslexia and Creativity mendapati kemampuan membaca otak anak disleksik mampu diubah melalui intervensi. Apakah intervensi itu? Ia mestilah program bacaan yang bertahap dan sistematik.
( structured and systematic ).





Info daripada http://www.dyslexia-reading-well.com/causes-of-dyslexia.html

Program bacaan yang bertahap dan sistematik akan mampu melakukan pendawaian semula otak anak disleksia untuk membaca dengan lebih baik. Wow hebatkan! Inilah yang dikatakan BRAIN PLASTICITY ( keanjalan otak ).  Lagi hebat,  BRAIN PLASTICITY tiada had umur. Walau bagaimanapun, intervensi awal adalah lebih berkesan.

Tahukah anda Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics adalah program bacaan yang bertahap dan sistematik?
 


Saya dan suami, Tn Hj Othman Ahamad, selaku penulis kedua siri bacaan ini telah berkongsi teknik pengajaran yang terperinci dengan ribuan guru dan ibu bapa melalui kursus-kursus kami. 

Langkah-langkah pengajaran yang terperinci dan sistematik akan memudahkan sesiapa sahaja samada kanak-kanak atau pun orang dewasa menguasai kemahiran membaca dan menulis. Itulah yang telah kami lakukan sepanjang 19 tahun iniPerfecting the teaching techniques.

Teknik mengajar inilah yang kami kongsi secara praktikal di dalam kursus Intensif kami.
Lihat Panduan Asas Mengajar di sini 

http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/01/panduan-asas-mengajar-membaca.html

Jom sertai kursus kami hari ni juga. Come experience a new level of teaching reading with us.
Dijamin 99.9% tak mengantuk!


Sunday, April 6, 2014

Jadikan Literasi Multi Sensori

Bagaimanakah kita boleh jadikan literasi, multi sensori ( sensori pelbagai deria ) ?
Pastikan pengajaran dan pembelajaran literasi digabung jalinkan dengan  LAGU, PERGERAKAN dan SENI & KRAF.
Cadangan saya:
1. Mengenal bunyi dan rupa bentuk huruf dengan menyanyi Lagu Fonik Abu Ada Ayam untuk bahasa Melayu. 
Jangan lupa buat aksi untuk setiap bunyi sambil bernyanyi.

2. Introduce sounds and letter shapes by singing Cory Cat Phonics Song.
Don't forget to sing while doing the actions. 

3. Guna Carta Sebut Bunyi Bacalah Anaku or Readeasy Sound Chart untuk menyanyikan bunyi-bunyi mengikut irama kegemaran anak anda. 
Saya cadang kanak-kanak buat aksi 'marching' sambil menyanyi bunyi-bunyi.


4. Sentuh huruf berpasir atau seumpamanya. 

5. Bentukkan huruf dengan doh.
Seronok juga kalau doh yang digunakan boleh dibakar dan dimakan. 

6. Menulis huruf/suku kata / perkataan dengan cat air yang dicampur gam 
atau tulis di atas dulang pasir / garam. 

7. Gunakan kapur / kapur basah untuk menulis di lantai simen luar rumah atau di atas kertas hitam. 

8. Tulis huruf / suku kata / perkataan magika menggunakan lilin dan kemudian disapukan cat air berwarna. 

9. Lompat dan sebut bunyi atau baca huruf / suku kata / perkataan di atas petak ketingting atau kad. 

10. Eja perkataan sambil membuat aksi sebagaimana dalam Finger Spell dan Spell Chop

11. Tulis karangan pendek atau berpandu secara kreatif. 
       Rujuk buku Penulisan Kreatif. 



Barulah anak-anak kecil seronok mempelajari huruf dan membaca!!