Showing posts with label awal membaca. Show all posts
Showing posts with label awal membaca. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Jangan Biarkan Anak Anda Gagal Membaca

Kanak-kanak prasekolah yang LEMAH PERBENDAHARAAN KATA dan LEMAH KESEDARAN FONEMIK ( kepekaan terhadap bunyi-bunyi kecil bahasa pertuturan ) adalah kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk gagal dalam menguasai kemahiran menulis dan membaca. 
Bagaimana anak anda?



Jom sediakan anak-anak dengan memberi mereka peluang untuk berbual dan bermain dengan anda, ahli keluarga dan rakan sebaya. 
Beri juga mereka peluang untuk melakukan aktiviti kesedaran fonemik :
1. Main menamakan objek di persekiran rumah dan mengaitkan dengan bunyi awal perkataan. 
Contoh:
Ibu bapa/guru: Itu apa?
Anak: cawan
Ibu bapa/guru: Cawan. Bila kita sebut 'cawan' ada bunyi /c/ di depan. 
/c/, cawan.  
Galakkan anak mengulangi /c/ cawan. 
Setelah anak dibiasakan dengan permainan sebegini, tanya,
Ibu bapa/guru: Bunyi apa Kak Long dengar bila mama sebut 'cawan'?

 2. Membiasakan kanak-kanak dengar gabungan 2 bunyi.
Ibu bapa/guru: /m/, /a/, ma. 
* Kemudian tanya /m/ kawan /a/ jadi apa?
Sekiranya anak tidak dapat menjawab, beritahu jawapan dengan senyuman manis. 
Teruskan aktiviti membiasakan anak mendengar gabungan bunyi. 
Aktiviti sebegini diamalkan di Taska Avicenna Pn Eka BIntanawati Muchtar, Rawang, Selangor, seawal anak berumur 6 bulan.  Menurut beliau aktiviti ini membantu anak-anak tadika cepat mengenal bunyi - simbol ( 1 tahun +) dan cukup bersedia untuk belajar membaca secara formal pada umur (3 tahun).
Yang sangat mengujakan, anak-anak taska beliau  yang biasa dilatih sebegini dapat menyebut /ma/, apabila pengasuh menyebut /mm - aa/, dan seumpamanya.

Lakukanlah aktiviti ini dengan tenang dan bersahaja, sambil anak sedang bermain. Tidak perlu mewujudkan sesi khas.


- gabungan 3 bunyi ( lebih sesuai untuk anak 2 tahun + ), comtoh, /m/, /a/, /s/, mas. 
Ulang langkah *  di atas. 

- gabungan 4 bunyi ( sesuai untuk anak 3 tahun + yang sedang belajar membaca ), contoh /m/, /a/, /s/, /a/,  masa. 
Ulang langkah * di atas. 

Aktviti kesedaran fonemik adalah aktiviti LISAN ( NO books or letter / word cards needed ). 

Friday, September 20, 2013

Apa Itu Awal Literasi?

Awal literasi di bawah usia 3 tahun:
1. Si Mulut Murai


Menjangkau umur 18 bulan anak kecil akan meluahkan bahasa. Sekiranya anak itu berkembang dalam suasana di mana orang dewasa di sekelilingnya banyak bercakap,  selalu berinteraksi, kerap bercerita maka anak itu akan lebih mudah menyatakan perasaan. Mereka petah bercakap menyatakan sesuatu dan mencerita apa saja. Inilah awal literasi.

2. Si Ulat Buku

Membacakan buku semenjak anak bayi lagi dan menjadikan membaca sebagai rutin anak akan melahirkan anak yang suka sangat kat buku. Anak akan belajar menghargai buku. Mereka akan belajar  buku memberi informasi. Mereka akan tahu buku mengandungi banyak cerita seronok. Mereka akan belajar dalam buku ada mcam-macam plot dan macam-macam karakter. Tak hairanlah anak-anak ini akan asyik dengan buku seawal umur 1 tahun dan mula 'pretend reading' seawal itu juga. Inilah awal literasi.

3. Si Pelakon Kecil


Menjangkau 2 tahun, anak-anak, terutama yang banyak didedahkan dengan penceritaan(read alouds dan story telling), suka main olok-olok. Olok-olok jadi mama papa, main dengan anak patung, main pondok-pondok. Oh ya main Super Hero bagi anak-anak lelaki. Menjangkau 3 tahun mereka akan bermain peranan yang lebih kompleks. Mungkin olok-olok jadi astronaut atau jadi cikgu ( hehe rumit hidup cikgu, mengajar lagi, siap buku persediaan mengajar lagi, semak kerja sekolah lagi!) Percayalah anak yang sedang bermain peranan ini sebenarnya sedang mengarang cerita sendiri. Wow a writer in the making! Inilah awal literasi.

4. Si Penyanyi Cilik


Melalui nyanyian dan pantun (rhymes) kanak-kanak mempelajari bunyi-bunyi dalam bahasa pertuturan mereka dalam suasana yang sangat menghiburkan.  Banyak juga di Malaysia, ibu bapa menggunakan dua bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris, atau bahasa Cina dan Inggeris atau lain-lain bahasa ibunda dan Inggeris. Anak-anak kecil mempelajari bahasa(mungkin lebih daripada satu) dengan mudah melalui  nyanyian dan pantun. So let them sing. Inilah awal literasi.

5.  Piccaso Muda


Wow cantiknya contengan pertama anak kecil kita kan! Tak kiralah kalau atas dinding living room kita sekali pun! Anak-anak kecil cukup suka menconteng. Let them scribble and draw as much as they like and let them see you draw and write.  Berilah mereka krayon, berus cat, water colour dan pensel warna  untuk melukis. Galakkan mereka menconteng dan melukis di atas berbagai bahan - kertas putih, kertas hitam. Letakkan kertas di lantai, di meja dan di dinding. Let them experience drawing on different surfaces.  Inilah awal literasi.
(Rujukan: A Sofa Full of Talkers, Jennie Lindon)