Showing posts with label kursus ajar membaca. Show all posts
Showing posts with label kursus ajar membaca. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Bengkel Fonetik Brunei DS 6 - 9 November 2013

Saya dan suami, Tn Hj Othman ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Nik Kamarazaman, Perunding kami di Brunei dan Tn Imran, Pengarah ISMS Sdn Bhd kerana gigih menguruskan Bengkel Fonetik di Brunei DS. Alhamdulillah bengkel yang berlangsung dari 6-9 November di bawah anjuran bersama DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI dan ISMS Sdn Bhd mendapat sambutan yang hebat. Kami juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pusaka yang telah merasmikan dan menutup bengkel.

 

 Bengkel dihadiri oleh pustakawan DBP, sekolah-sekolah rendah dan guru-guru.

Para pegawai atasan DBP sebagai pemerhati.

Latihan praktikal menyentuh huruf berpasir dan membentuk huruf daripada plastisin.
 

Peserta juga membuat Mini Carta Poket untuk Latihan Lihat dan Buat, Dengar dan Buat ( Sila rujuk Permainan Kreatif).
 

Peserta aktif melibatkan diri. Kalau cikgu seronok mengajar, tentulah PELAJAR seronok BELAJAR. 
  
 

Lagi latihan praktikal: Mengajar bunyi-huruf, mengajar gabung bunyi suku kata, menyanyi lagu fonik.
 
 
 Kami juga berkongsi beberapa permainan bahasa Cuba Ingat, Pijak Huruf, Bina Perkataan dan Bingo. 

 

Permainan bahasa ini terdapat di dalam buku PERMAINAN KREATIF. 
   

Bengkel Fonetik di akhiri pada 9 November dengan penyampaian sijil oleh Puan Pengarah DBP Dayang Hajah Aminah Haji Momin.
 

Tn Hj Othman Ahamad penulis bersama Bacalah Anakku Readeasy bersama DJ Radio Kristal Brunei yang menemu ramah beliau.   

BENGKEL FONETIK BRUNEI DS dalam kenangan.

Terima kasih sekali lagi kepada DBP BRUNEI, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Sekolah- sekolah dan media massa.

Monday, September 23, 2013

Guru Linus & Pemulihan PPD Petaling Perdana Suka Main

Pada 17 Sept 2013 kami dijemput oleh PPD Petaling Perdana untuk mengendalikan Kursus Intensif Bacalah Anakku untuk 83 orang guru LINUS dan Pemulihan berserta 4 orang pegawai PPD yang diketuai oleh Pn Nor Hayati Mohd Shaharim.

Di antara pengisian kursus: 
1. Apa itu Kaedah dan Keistimewaan Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku.

2. Latihan Sebut Bunyi dan Aksi Asosiasi.

3. Langkah mengajar:
 a. Ajar bunyi
 b. Ajar bentuk dan rupa huruf
 c. Ajar gabung bunyi dan rantaian bunyi untuk membaca
 d. Ajar mengeja dan menulis

4. Permainan kreatif



Best sangat dapat kongsi teknik mengajar dan pengalaman saya dan suami, Tn Hj Othman dengan guru-guru yang sporting sangat. Tengoklah betapa kepohnya mereka main dalam video di atas. Agak-agak anak murid lagi bising ye.

Kami juga diaju dengan berbagai soalan:








Hehe these teachers know how to keep us busy!

Di akhir kursus alhamdulillah ada yang memberi cadangan:

1. Panjangkan kursus untuk semua guru.

2. Perluaskan kepada semua guru untuk membantu guru-guru yang mengajar bahasa di peringkat awal.

3. Tambah masa kursus/bengkel.

4. Adakan kursus Readeasy untuk. B.Inggeris pulak.

5. Ada sesi ke 2 untuk kaedah ini setelah guru mengaplikasikannya di sekolah.

6. Panjangkan lagi masa bengkel(2 hari). Libatkan murid yang masih tidak menguasai sebagai bahan.

Kursus tamat pada pukul 4 lebih sikit dengan cabutan bertuah
Semua guru bertuah sebab PPD dah belikan 1 set Bacalah Anakku untuk setiap sekolah tapi ada 5 orang yang lebih sikit tuahnya pada petang itu. Mereka mendapat hadiah VCD Kursus Bacalah Anakku.


TERIMA KASIH daun keladi PPD PETALING PERDANA khususnya Unit LINUS dan LITERASI Lain kali jemputlah kami lagi.