Showing posts with label tips guru. Show all posts
Showing posts with label tips guru. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Daripada Mengeja ke Fonik

Semalam saya ditanya: 
Guru: Sebelum ni saya ajar pelajar nama-nama huruf a, b, c ( ei, bi, si ).
Esok saya nak mula kaedah fonik - nak ajar bunyi.
Macamana ye, mereka dah tahu abc.

Cadangan saya sekiranya sudah mengenal abc tetapi masih belum pandai membaca:
1. Cikgu KEEP COOL ya.

2. Maklum kepada pelajar sebelum mula kelas esok,
" Murid-murid, mula hari ni cikgu nak ajar kamu bunyi huruf. Kita akan simpan dulu abc dalam bag ". 

3. Semasa belajar, apabila pelajar sebut nama huruf , cikgu buat tak tau saja. 
Beritahu pelajar, "Sebut bunyi, " sambil senyum manis.

4. Sentiasa PUJI apabila pelajar menyebut bunyi.

Cadangan saya sekiranya sudah mengenal abc dan membaca dengan membatang perkataan sambil mengeja
1. Praktikkan semua tips di atas.

2. Beri peluang mereka mengeja fonik dahulu untuk tempoh seminggu dua.
Benarkan mereka membatang perkataan dengan menyebut bunyi.
Sebagai contoh :
 /b/ beh, /a/ aa, ba,
 /j/ jeh, /u/ uu, ju, 
Baju

3. Dalam tempoh penyesuaian ini,  guru mesti perbanyakkan aktiviti menggabung bunyi secara praktikal menggunakan kad-kad huruf dan menulis( bagi pelajar yang baik kemahiran motor halusnya.)

  Aktiviti guru menggabung bunyi semasa Kursus Intensif Bacalah Anankku.
  Guru demo konsep kad bergerak untuk melatih pelajar membaca dengan menggabung bunyi.

Lakukan aktiviti praktikal Lihat dan Buat dan Dengar dan Buat dengan pelajar.
Aktiviti sensori ini akan membantu pelajar memahami konsep membaca dengan menggabung bunyi dengan cepat dan mudah.

    
 Aktiviti Dengar dan Buat semasa Kursus Intensif Bacalah Anakku menggunakan mini carta poket.



4. Setelah mereka agak MAHIR menyebut dan mengeja bunyi, beritahu mereka,
" Cikgu tengok kamu dah pandai menyebut bunyi. Sekarang gabung saja bunyi dan baca terus.

5. Beri GANJARAN untuk setiap usaha yang positif.

Jom fonik dengan Bacalah Anakku!